PENGELUAR motosikal nasional dan subsidiari DRB-Hicom, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), hari ini bersama pengedar rasmi, Sendayan Motor Sdn Bhd, meraikan pembukaan rasmi Kawasaki Nilai, yang juga pusat All Star 4S ke-10 seluruh negara.
Pembukaan itu satu lagi langkah penting dalam memperluas rangkaian Kawasaki di Malaysia, sekali gus memperkukuh pengalaman pemilikan dan budaya tunggangan buat komuniti penunggang di Negeri Sembilan dan kawasan sekitar.
Hab 4S Lengkap Untuk Peminat Kawasaki
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan berkata, penubuhan Kawasaki Nilai menandakan kematangan dan komitmen berterusan syarikat terhadap pelanggan di Malaysia.
Nilai menjadi outlet All Star ke-10 kami - satu pencapaian penting yang mencerminkan pertumbuhan dan komitmen Kawasaki untuk terus memberikan pengalaman bertaraf dunia kepada semua penunggang tempatan."
Roslan menambah, setiap pusat Kawasaki All Star direka sebagai hab sehenti yang menawarkan kemudahan 4S lengkap dengan jualan motosikal, servis profesional, alat ganti tulen dan ruang pameran premium, semua di bawah satu bumbung.
Selain itu, outlet terbaharu itu juga dijangka membantu menjana peluang pekerjaan dan merancakkan lagi ekosistem permotoran di Negeri Sembilan.
Lebih Sekadar Jualan , Sau Komuniti Penunggang
Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Modenas, Hitoshi Inoue menegaskan, jenama Kawasaki bukan sekadar mengenai jentera berkuasa tinggi, tetapi juga melambangkan kebebasan, semangat dan komuniti.
Kawasaki Nilai bukan sekadar pusat jualan, tetapi tempat berkumpul penunggang untuk berkongsi pengalaman, mengenali model baharu dan memperkukuh budaya menunggang di Malaysia."
Sendayan Motor - 50 Tahun Legasi, Kepercayaan
Kawasaki Nilai dikendalikan Sendayan Motor Sdn Bhd, iaitu perniagaan keluarga yang beroperasi sejak 1976. Kini dengan lima cawangan seluruh Negeri Sembilan, Sendayan Motor dikenali sebagai nama dipercayai dalam komuniti permotoran tempatan.
Pengarah Kawasaki Nilai, David Goh Lim Jia berkata, pembukaan outlet itu kesinambungan kepada komitmen syarikat terhadap pelanggan.
Daripada permulaan kami pada 1976 hingga menjadi outlet All Star ke-10 hari ini, keutamaan kami tetap sama, berkhidmat kepada penunggang dengan penuh semangat dan kepercayaan."
David menambah, outlet itu bukan sekadar ruang jualan, tetapi destinasi komuniti yang menggabungkan inovasi, prestasi dan layanan pelanggan di bawah satu bumbung.
Majlis Meriah, Tarikan Istimewa
Majlis pembukaan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB Arulkumar Jambunanthan. Antara pengisian acara termasuk persembahan tarian singa, sesi menandatangani plak perasmian, lawatan ke ruang pameran dan jamuan tengah hari untuk lebih 500 tetamu.
Bagi memeriahkan suasana, sesi cabutan bertuah turut diadakan dengan hadiah menarik seperti motosikal Modenas MR3, helmet LS2, jaket tunggang dan barangan eksklusif Kawasaki.
Langkah ke Depan: Mobiliti Lestari, Pengalaman Premium
Modenas dan Kawasaki juga mengesahkan lebih banyak outlet All Star akan dibuka dalam masa terdekat. Kedua-dua jenama itu kini menumpukan kepada mobiliti mampan dan pengalaman gaya hidup premium yang bakal mentakrifkan semula dunia tunggangan generasi baharu.
Maklumat lanjut boleh layari laman web www.modenas.my atau hubungi talian bebas tol 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-5708135.
Leave a Reply