• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki India Lancar Sportbike Retro W175 (2022), Harga Mula RM8.3k!

Kawasaki India Lancar Sportbike Retro W175 (2022), Harga Mula RM8.3k!

September 29, 2022 By Shawkath Leave a Comment

260
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

AWAL bulan ini, Kawasaki ada mendedahkan sedikit bayangan untuk memperkenalkan model W175 di pasaran India. Motosikal roadster retro itu dilihat mampu mencabar beberapa model popular dalam segmen sama di India, antaranya TVS Ronin dan Royal Enfield Hunter 350.

Terbaharu, pengeluar jenama Jepun itu melancarkan dan mengumumkan harga untuk model Kawasaki W175. Jika diteliti, W175 ialah model paling mampu milik dalam keseluruhan produk Kawasaki di India, hadir dengan dua varian iaitu Standard dan Special Edition.

BACA >>> Sportbike Retro Kawasaki W175 Kekal Guna Teknologi Lama
BACA >>> Model Retro Klasik - Kawasaki W175 Masuk Malaysia?

Varian Standard ditawarkan pada harga pengenalan Rs 147,000 (RM8,365) manakala Special Edition berharga Rs 149,000 (RM8,479).

Dua varian itu dibezakan dengan skim warna iaitu Standard hadir dengan rona Ebony beserta beberapa komponen warna hitam.

Varian Special Edition ditawarkan dalam warna Candy Persimmon Red dan kemasan merah gelap dan komponen hitam seperti perumah tenkuasa dan tempat duduk.

Selain itu, model Special Edition dilekatkan lencana krom W Kawasaki di sisi tangki minyak seperti model premium W800.

Perincian

  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 177cc 2-injap dengan sistem sejukan udara dan teknologi suntikan bahan api, menghasilkan 12.8hp pada 7,500rpm dan 13.2Nm @ 6,000rpm. Kotak gear jenis klac manual 5-kelajuan.
  • Frem keluli double cradle dengan fork teleskopik 30mm, absober berkembar boleh laras prabeban.
  • Rim 17 inci dengan tayar 80/110 (depan) dan 100/90 (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal 270mm (depan), brek dram (belakang). Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal.
  • Berat 135kg, ketinggian pelana 790mm, jarak lega bumi 165mm dan jarak roda 1,320mm.
  • Lampu utama, brek dan lampu signal belok berasaskan mentol.
  • Spidometer gabungan analog dengan satu skrin digital kecil.

BACA >>> Prolintas Gempur Penceroboh Tol, Pemandu Proton X50 Sudah Terkantoi!
BACA >>> Polis Thailand, Penduduk Minta Mat Salleh Jangan Kayuh Kart Kuning di Jalan Raya
BACA >>> Kajian: Pemandu Kurang Minum Air Sama Bahaya Macam Pemandu Mabuk

SUMBER: RideApart

Artikel Berkaitan

260
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kawasaki India, Kawasaki W175, roda2, Royal Enfield Hunter 350, Sport Roadster, TVS Ronin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
    Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
  • Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
    Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
  • Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
    Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
  • 'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...
    'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my