• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kasma Daniel Muncul Juara Termuda Cub Prix CP130

Kasma Daniel Muncul Juara Termuda Cub Prix CP130

November 21, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

23
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

cub prixKEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2016 sudahpun berlabuh tirai. Selepas beraksi 10 pusingan, ia menyaksikan Mohd Akid Aziz, Mohd Shafiq Ezzariq dinobatkan selaku juara keseluruhan bagi kategori CP115 dan Wira.

Manakala juara keseluruhan kategori CP130 pula menjadi milik Kasma Daniel Kasmayudin sekali gus meletakkan namanya selaku juara termuda kategori tersebut.

cub prix
cub prix

CP115

Dalam saingan CP115, Akid Aziz menamatkan pemburuan gelaran dengan cemerlang apabila berjaya menjuarai perlumbaan terakhir musim 2016 di Litar Taiping, minggu lalu sekaligus membawa pulang piala ke-4 buat pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor.

Akid menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 15'35.252s, 2.953s dihadapan Azroy Hakeem Anuar (Givi Honda Yuzy Racing) manakala rakan sepasukan Akid, Md Haziq Fairues di tempat ketiga dengan masa 15'55.336s.

cub prix
cub prix

WIRA

Berlainan pula dengan kategori Wira, Shafiq Ezzariq memilih langkah selamat apabila berjaya mengesahkan gelaran selaku juara keseluruhan sekalipun sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima.

Kejayaan Shafiq merupakan gelaran ketiga berturut-turut buat pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing selepas Khairul Idham Pawi muncul juara pada 2014 dan Harith Farhan Baharin pada musim lepas.

cub prix
cub prix

CP130

Sementara itu, Kasma Danial Kasmayudin dan pelumba tempatan, Ahmad Fazli Sham yang telah megesahkan gelaran juara dan naib juara keseluruhan lebih awal gagal menamatkan perlumbaan setelah jentera Kasma mengalami kerosakan manakala Fazli terjatuh pada pertengahan perlumbaan.

Kasma Daniel menamatkan musim 2016 dengan 178 mata manakala Fazli dengan 136 mata. Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) yang menamatkan perlumbaan di tempat kelima muncul naib juara keseluruhan dengan mengumpul 108 mata.

Siri kejuaraan motosikal kebangsaan ini dijangka akan membuka tirai musim 2017 pada Mac depan.

Jumpa lagi Cub Prix 2017.

KEPUTUSAN PENUH KEJUARAAN CUB PRIX AAM MALAYSIA PETRONAS 2016

CP130

  1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 178 mata
  2. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 136 mata
  3. Norizman Ismail (SGR) Honda 108 mata
  4. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Honda 103 mata
  5. Ahmad Afif Amran (TRG) Yamaha 100 mata

CP115

  1. Md Akid Aziz (Kul) Yamaha 151 mata
  2. Md Haziq Md Fairues (SGR) Yamaha 124 mata
  3. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 121 mata
  4. Azroy Hakeem Anuar (KUL) Honda 112 mata
  5. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 94 mata

WIRA

  1. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 187 mata
  2. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 166 mata
  3. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) 128 mata
  4. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 112 mata
  5. Md Amirul Arif Ramlee (JHR) 98 mata

Artikel Berkaitan

23
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: CP115, CP130, CUB PRIX, Cub Prix 2016, cub prix 2017, Kasma Daniel Kasmayuddin, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016, Mohd Akid Aziz, Mohd Shafiq Ezzariq, Wira

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my