Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kamus Mat Motor Malaysia: Beberapa Istilah Pelik Tapi Benar yang Perlu Anda Tahu
Auto Terkini

Kamus Mat Motor Malaysia: Beberapa Istilah Pelik Tapi Benar yang Perlu Anda Tahu

ZYBy ZY16/09/201819 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEPELBAGAIAN masyarakat dan bahasa di Malaysia menyebabkan wujud pelbagai istilah untuk benda yang sama. Logiknya, memang agak sukar ditafsirkan. Jadi, artikel kali ini kami senaraikan istilah yang mungkin anda biasa dengar, tetapi tidak faham maksud, ataupun buat-buat faham apabila bersembang dengan rakan-rakan bikers lain (yang tulis ini pun sama juga).

Asah Tayar

  • Mengambil selekoh dengan lebih bersemangat. Tetapi biasanya digunakan dalam konteks aktiviti riadah. Sama erti dengan mengajak lepak atau bersantai ke mana-mana.
  • Contoh ayat: “Siapa nak ikut aku asah tayar hujung minggu ni kat Klawang, angkat tangan!“

Cager (kay-jer)

  • Pemandu kereta. Datang daripada posisi pemandu kereta seperti duduk dalam sangkar.
  • Contoh ayat: “Kurang berguna punya cager, nyaris aku kena langgar kat simpang tadi“

Ejen (ay-jen)

  • Ejaan lain untuk ‘urgent‘ yang bermaksud terdesak. Selalu digunakan dalam iklan jual beli barangan online.
  • Contoh ayat: “Motor ejen nak jual, nak pakai duit buat beli susu anak.“

EO (ee-oo)

  • Merujuk kepada minyak enjin (atau minyak hitam), diambil daripada singkatan bahasa Inggeris, Engine (E) Oil (O).
  • Contoh ayat: “Masuk EO ni confirm setahun bersemut enjin kau!” (rujuk ‘semut’ di bawah)

COD (see-o-dee, bukan kod)

  • Singkatan kepada istilah Inggeris, Cash on Delivery. Banyak digunakan dalam iklan jual beli barangan online, iaitu cara urusan pembelian secara bersua muka walaupun bayaran tidak semestinya melibatkan wang tunai. Selepas disebut, penjual dan pembeli akan membuat janji temu di mana-mana lokasi pertemuan.
  • Contoh ayat: “COD Wangsa Maju saja. Postage buyer tanggung.“

Countersteering

  • Mengambil selekoh dalam kelajuan tinggi dengan menghenjut hendal masuk ke dalam selekoh. Istilah ini biasa digunakan dalam sesi sembang tentang cara melayan selekoh membabitkan motosikal berkuasa tinggi. Istilah sama juga boleh digunakan penunggang kapcai.

Grembal

  • Berasal daripada perkataan inggeris, ‘grind valve‘. Proses melicinkan permukaan valve dan valve seat bagi mengembalikan semula kuasa enjin terutama yang sudah lama digunakan

Harga Murid

  • Harga mampu-milik. Biasa diguna-pakai oleh otai-otai permotoran semasa zaman rancak berforum suatu ketika dahulu.

HDEO (hesh-di-ee-oo)

  • Heavy Duty Engine Oil – merujuk kepada minyak enjin lori diesel yang digunakan pengguna kenderaan lain, termasuk motosikal (risiko salah guna, sila tanggung sendiri).

Highside

  • Situasi kemalangan yang menyebabkan penunggang tercampak dari atas motor.

Jack (helmet)

  • Panggilan mesra untuk helmet berjenama SHOEI siri J-Force. Harga pasaran untuk seunit helmet kategori rare yang sukar didapati boleh menjangkau berpuluh-puluh ribu ringgit.
  • Contoh ayat: “Masyuk la brader ni, beli Jack Merah RM47,000!“

Joki

  • Gelaran buat pelumba motosikal, kebiasaannya diberikan kepada pelumba perlumbaan haram.
  • Contoh ayat: “Bengkel ni bukan motor saja power, joki pun sama hebat, hati kering!“

Kaki Leper

  • Gelaran istimewa buat penunggang yang suka melayan selekoh atau corner.
  • Contoh ayat: “Jalan Kuala Klawang, Bukit Tinggi, memang sesuai untuk kaki leper yang malas masuk trek.“

Katak (RXZ)

  • Istilah lain bagi model Yamaha RXZ Catalyzer. Kerap digunakan dalam konteks menukar set badan RXZ.
  • Contoh ayat: “RXZ ni dah convert katak, tak orimoto. Jual murah-murah dah la.“

Katap

  • Panggilan lain untuk rektifier atau penerus, iaitu komponen motosikal yang mengawal arus elektrik.
  • Contoh ayat: “Asyik mati motor kau ni, bukan ke aku dah suruh check katap petang tadi.“

Kona Baring/Asah Lutut/Asah Footrest

  • Aksi mengambil selekoh pada sudut miring yang ekstrem.
  • Contoh ayat: “Depan ni memang sedap nak kona baring, jalan clear boleh nampak seberang.“

Knalpot Purbalingga

  • Ekzos aftermarket berjenama tiruan yang dibuat dan diimport dari Purbalingga, daerah di Jawa Tengah, Indonesia. Knalpot itu sendiri perkataan Indonesia yang bermaksud ekzos.

Lowside

  • Situasi kemalangan yang menyebabkan penunggang dan motosikalnya jatuh terseret.
  • Contoh ayat: “Mintak tolong kawan-kawan. Motor tak boleh jalan, baru lepas lowside kat Bukit Tinggi.“

Payung

  • Belanja kawan-kawan.
  • Contoh ayat: “Jom TTS mamak malam ni, aku payung kau orang.” (rujuk TTS di bawah)

Pishang

  • Situasi bosan yang melampau.
  • Contoh ayat: “Aku pishangg terok ni geng, awek pun tak ada nak ajak keluar.“

NOS

  • Asal perkataan Inggeris ‘New Old Stock’ yang merujuk kepada motosikal klasik dan tidak pernah didaftarkan serta masih berbungkus dalam plastik sebelum dijual semula pada harga lebih tinggi.

Orimoto

  • Disebut untuk menegaskan komponen dan alat ganti digunakan ialah tulen daripada kilang.
  • Contoh ayat: “Semua parts RXZ aku orimoto, tak main la cap ayam punya.“

RARE

  • Istilah untuk motosikal atau aksesori sukar didapati yang membuatkan harga jadi melampau mahal.
  • Contoh ayat: “Tau la helmet RARE, nak bawak pergi solat Jumaat juga dah kenapa?“

Roket/Meroket

  • Sama erti dengan memecut, tapi berbunyi lebih hebat.
  • Contoh ayat: “Polis nak tahan dah tadi, nasib baik aku roket je. Selamat duit aku.“

RV

  • Singkatan untuk rendezvouz (raen-de-vu), bermaksud berkumpul di tempat dan pada masa ditetapkan.
  • Contoh ayat: “RV BHP Tol Gombak 9 am, tayar golek 9.30 am. Siapa lambat kena tinggal.“

Semut/Bersemut

  • Istilah terbitan daripada perkataan bahas Inggeris, ‘smooth’ yang bermaksud lancar. Biasanya merujuk kepada kelancaran pergerakan enjin bagi kebanyakan pengguna minyak enjin lori.
  • Contoh ayat: “Dah pakai setahun pun bersemut enjin aku ni, tak rugi beli kat pomen Pak Manap dulu.“

Tayar Golek

  • Masa ditetapkan untuk masing-masing bergerak dari lokasi RV (tempat berhimpun).
  • Contoh ayat: “RV BHP Tol Gombak 9am, tayar golek 9.30am. Siapa lambat kena tinggal.“

TTS

  • Singkatan kepada ‘teh tarik session’, iaitu aktiviti berkumpul dan melepak bersama rakan-rakan sekepala yang meminati aktiviti sama.
  • Contoh ayat: “Malam ni TTS kat Warung Mak Jah jam 9, siapa tak datang, tak dapat sticker group.“

Apakah anda ada istilah pelik lain yang patut ditambah? Jangan simpan sendiri, kongsikan bersama kami dalam ruangan komen! 😉

autotainment istilah pelik mat motor Malaysia Kamus Mat Moto Mototainment
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Almera 2026 Kini Di Thailand Dengan Piawaian EURO 6!

30/01/2026
Kempen 'Hypermarket Sweep'
Auto Terkini

Petron Hargai Pelanggan Setia Menerusi ‘Hypermarket Sweep’

31/01/2026
Honda kekal jenama bukan nasional nombor satu Malaysia kali ke-12
Roda4

Honda Kekal Jenama Bukan Nasional Nombor Satu Malaysia Kali ke-12!

31/01/2026
Petronas Sprinta F900HD
Auto Terkini

Petronas Sprinta Lancar Peraduan ‘Raikan Legasi 40 Tahun’

30/01/2026

19 Comments

  1. Rassul on 21/07/2017 02:30

    BJj-Bagi jadi ja

    Ceng gila-laju gila

    Nak cheng dah-nak jalan/balik dah

    Reply
  2. Rempit sejati on 21/07/2017 10:29

    Selepas baca artikel nih.. Terus aku bercita-cita nak jadi mat rempit.. Ingat minggu depan nak tukar 125 la..

    Reply
  3. squall_shinoda on 21/07/2017 15:50

    Bersepah – jatuh akibat kemalangan

    Reply
    • Wahidalwie on 21/07/2017 22:30

      Bersepai pun boleh juga.

      Reply
  4. Pembalap Malam on 22/07/2017 02:11

    Aku tail mamat ni rapat.

    Reply
  5. Demak DZR on 25/07/2017 10:19

    (RIDE SANTAI)

    *nama je RIDE SANTAI tapi kalau korang betul² bawak SANTAI memang bertiang-tiang kena TINGGAL!!

    CONTOH: kejap lagi kita “Ride Santai” je~ jangan percaya kata-kata manis tu

    Reply
    • ayie on 17/09/2017 15:16

      kannn..macam cilake dia punya ‘santai’..
      bole jadi berkicap kena tinggal..

      Reply
  6. Joe on 02/04/2018 12:05

    Hahahahahahahaa… Ayat yg x bole dipercayai geng

    Reply
  7. GG on 16/09/2018 09:58

    apa maksud pnp??.. maaf nubis…

    Reply
    • neo on 06/10/2018 12:33

      plug n play mcm beli part pastu pasang trus

      Reply
  8. ariel on 06/10/2018 12:33

    harga yahudi

    Reply
  9. STP on 28/01/2019 17:46

    Harga mahal mencekik darah

    Reply
  10. johnLabu on 15/05/2019 15:37

    pv tu ape eak geng?

    Reply
  11. Non on 27/08/2019 23:03

    Rider maut

    Reply
  12. Sapik on 29/05/2020 09:29

    Maksud cnc tu apa?

    Reply
  13. adib on 30/06/2020 01:53

    bukak yt tengok sendiri, dari bongkah besi menjadi apa apa bentuk

    Reply
  14. Mat mesen on 29/01/2021 18:52

    CNC setahu aku lah.. Computer Numeric Control.. iaitu cara pembuatan atau proses menghasilkan sesuatu barang menggunakan mesin secara automatik… Rekabentuk guna komputer lepastu convert ke mesin.. lepstu mesin akan buat lah part yg kite reka tu.. secara automatik..
    Contoh orang buat plate holder disc break tuh.. CNC part.. biasanya laa..

    Reply
  15. helmet on 02/11/2022 04:41

    pv tu power valve contoh motor yang ada macam yamaha tzm atau kawasaki kip 150 rr

    Reply
  16. jualhelmet87 on 02/11/2022 04:45

    Ada dua maksud Roket tu.. pertama mencuri dan kedua kalau bawa motor meroket maksudnya bawa motor sambil kepala tunduk untuk potong angin dan boleh pergi laju lagi.. hehe

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.