Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kali Pertama Terowong SMART Lencong 5 Juta Meter Padu Air, Boleh Buat KL Tenggelam!
Auto Terkini

Kali Pertama Terowong SMART Lencong 5 Juta Meter Padu Air, Boleh Buat KL Tenggelam!

WahidBy Wahid20/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN anda pernah memandu dalam terowong SMART (Stormwater Management And Road Tunnel) yang menjadi laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas antara pusat bandar Kuala Lumpur dan Lebuhraya Sungai Besi (walaupun tol RM3).

Namun fungsi utama terowong adalah menyalirkan air yang boleh menyebabkan banjir besar di tengah ibu kota.

BACA >>> Inilah 3 Sebab Utama Kenapa Gambar Terowong Banjir Bukan Terowong SMART!

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, 5 juta meter padu air (menyamai kapasiti air dalam 2,000 kolam renang saiz Olimpik) berjaya dilencongkan pada Sabtu lalu (18 Disember) selepas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengaktifkan lencongan banjir dalam usaha mengurangkan impak hujan lebat.

Lencongan SMART diaktifkan hingga Mod 4 pada jam 7.45 petang hingga 12 tengah hari, 19 Disember.

Menurut Ir Dr Zaini, ini kali pertama Terowong SMART digunakan untuk tujuan melencong air melebihi tiga jam sejak siap dibina dan dibuka pada 2007 yang mana proses lencongan air berlarutan selama 22 jam.

Beliau percaya banjir di tengah ibu kota akan bertambah buruk jika air sebanyak 5 juta meter padu tidak dapat dilencongkan.

Jika tidak dilencongkan air sungai Klang akan masuk ke Kuala Lumpur dan bergabung di Masjid Jamek. Walaupun SMART mengalir keluar 5 juta meter padu, tetapi air masih pada paras bawah jambatan.

Bayangkan 5 juta meter padu air itu tidak dilencongkan, kalau ikut pengiraan memang Kuala Lumpur akan tenggelam,” katanya.

FUNGSI TEROWONG SMART

Berikut fakta menarik yang perlu anda tahu tentang Terowong SMART:

  • Terowong SMART ialah struktur aliran air dan lebuh raya bawah tanah sepanjang 9.7km yang juga terowong pengaliran air terpanjang di Asean dan kedua terpanjang di Asia.
  • Juga menjadi struktur yang menggabungkan lebuh raya bawah tanah pertama dunia.
  • Dibahagikan kepada tiga tingkat. Tingkat paling atas adalah untuk lalulintas dari Sungai Besi menghala ke Jalan Imbi dan Jalan Tun Razak. Tingkat tengah pula untuk kenderaan yang menghala ke Sungai Besi, manakala tingkat paling bawah digunakan untuk aliran air pada Mod 2.
  • Laluan lebuh raya cuma sepanjang sejauh 4km, manakala selebihnya digunakan untuk melencongkan air ke dua lokasi.
  • Lokasi pertama di utara, iaitu tasik di Kampung Berembang dekat Sungai Klang di Ampang. Lokasi kedua di selatan, iaitu tasik di Taman Desa dekat Sungai Kerayong di Salak Selatan.
  • Ada empat tahap operasi melencongkan air, dipanggil Mod 1 hingga Mod 4.
    • Mod 1: Tiada air dilencongkan ke dalam Terowong SMART ketika cuaca baik.
    • Mod 2 : Air banjir akan dilencongkan melalui terowong itu, dan alirna air akan menggunakan tingkat paling bawah. Pergerakan trafik masih dibenarkan.
    • Mod 3: Terowong akan ditutup kepada aliran kenderaan. Setelah semua kenderaan telah keluar daripada terowong, pintu-pintu kedap air akan ditutup. Air banjir kemudiannya disalurkan ke dalam terowong. Setelah air banjir telah surut, keadaan terowong akan diperiksa dan dibersihkan. Ia dibuka semula selepas 48 jam.
    • Mod 4: Terowong itu digunakan sebagai tempat simpanan air banjir untuk sementara waktu.
  • Mod 4 pernah digunakan tujuh 7 kali sejak Terowong SMART dibuka, termasuk 10 September 2020 untuk melencongkan 3 juta meter padu air.
  • Pembinaan Terowong SMART bermula 2003 dan siap sepenuhnya pada 2007 yang menelan belanja hampir RM1.9 bilion.
Auto Terkini Lebuhraya SMART Terowong SMART
Wahid

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.