Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: Sut Menunggang Cuma Berkesan Elak Luka Calar, Bukan Direka untuk Impak
Auto Terkini

Kajian: Sut Menunggang Cuma Berkesan Elak Luka Calar, Bukan Direka untuk Impak

AryonBy Aryon14/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SATU kajian dilakukan badan penilai insurans, German UDV di Jerman mendapati sut menunggang, tidak termasuk helmet, tidak mampu memberikan perlindungan diperlukan penunggang daripada kecederaan disebabkan impak dengan objek keras, dilaporkan Motorrad.

“Tiada pakaian pelindung praktikal yang mampu menghalang kecederaan maut akibat perlanggaran dalam halaju lebuh raya normal,” kata ketua penyelidik UDV, Siegfried Brockmann.

Menurut kajian lagi, pad pada jaket dan seluar menunggang membantu menyerap impak kecil akibat terjatuh, tetapi tetap tidak mampu menghalang kecederaan maut pada kelajuan lebih 25kmj, iaitu cuma kelajuan basikal.

Jaket dan vest beg udara pula sekadar memberikan perlindungan pada kelajuan hingga 50kmj, tetapi tahap halaju itu masih lebih perlahan berbanding pengguna jalan raya di kawasan luar bandar.

BACA >>> Kajian: Beg Udara Lutut Tidak Banyak Beri Perlindungan Kecederaan Kaki – IIHS

Jika berlaku kemalangan dalam kelajuan 70kmj, jaket beg udara masih gagal memberikan perlindungan optimum kepada pemakai. Jadi UDV menyarankan kajian dan penyelidikan (R&D) susulan dilakukan untuk menambah baik keberkesanan beg udara ketika menunggang.

CUMA ELAK LUKA CALAR

Kajian juga mendapati sut menunggang tidak mampu memberikan perlindungan sebaiknya daripada impak serius, cuma berkesan dalam melindungi penunggang daripada kecederaan calar akibat terseret selepas terjatuh motosikal.

Dalam erti kata lain, sut menunggang lebih menumpukan kepada aspek kecederaan luka calar, dan bukan meminimumkan impak perlanggaran dengan objek keras. Malah kita boleh menonton sendiri aksi pelumba-pelumba profesional terjatuh daripada motosikal dan terseret sebelum mereka bangkit dan berjalan tanpa sebarang kecederaan.

Kajian juga mendapati kemalangan motosikal lebih banyak melibatkan kereta atau trak berbanding sesama motosikal. Selain itu, latihan menunggang mandatori sepatutnya diadakan secara berkala bagi membantu memantapkan kemahiran penunggang, dan bukan hanya bergantung kepada pengalaman lulus lesen memandu sahaja.

BACA >>> Kajian: Kereta e-Hailing Lebih Kotor daripada Mangkuk Tandas

Berikut antara ujian perlanggaran dilakukan Motorrad sebagai sumber rujukan.

SUMBER: RideApart

Auto Terkini autotainment German UDV Impak Perlanggaran Motosikal kajian Riding Gear Siegfried Brockmann survey Sut Menunggang
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.