Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kajian: Pengadang Jalan 36-inci Lebih Selamat, Tetapi Seinci Lebih Tinggi Berisiko Maut
Autotainment

Kajian: Pengadang Jalan 36-inci Lebih Selamat, Tetapi Seinci Lebih Tinggi Berisiko Maut

Han OthmanBy Han Othman30/07/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAJIAN baharu Universiti Nebraska-Lincoln (UNL) mencadangkan saiz besi pengadang diubah daripada 31 inci kepada 36 inci supaya lebih selamat buat pengguna jalan raya. Kajian dilakukan turut melibatkan pihak Fasiliti Keselamatan Tepian Jalan Midwest (MRSF) yang didanai konsortium negeri-negeri dalam wilayah Midwest.

Cadangan tersebut turut disertakan bersama ujian perlanggaran skala penuh dan permodelan komputer lanjutan, di mana laporan kajian disiarkan dalam jurnal Pencegahan Kecederaan Trafik (TIP).

Hari ini, antara kesukaran dihadapi dalam pembinaan ciri keselamatan jalan raya adalah menghasilkan sesuatu binaan atau peranti yang sesuai untuk pelbagai jenis kenderaan atas jalan, di mana kenderaan kecil lebih berisiko.

BUAT UJIAN PERLANGGARAN DAN SIMULASI KOMPUTER

https://mwrsf.unl.edu/videos/new/simulation-truck_940x392.mp4

Jadi pasukan UNL menggunakan dua unit Kia Rio dan beberapa kamera kelajuan tinggi untuk merakamkan aksi kereta ujian tersebut merempuh pengadang jalan bersaiz 34 dan 36-inci pada kelajuan 96.5kmj.

Menurut kenyataan media UNL, setiap sistem pengadang jalan sudah sedia mempunyai beberapa ciri ideal keselamatan. Sebagai pengguna, anda semestinya tidak mahu sebarang komponen pengadang jalan menjadi senjata pembunuh yang menusuk badan kenderaan, ataupun melayang masuk ke dalam laluan trafik.

Fungsi pengadang jalan sepatutnya menghalang kenderaan daripada terbalik, bergolek atau memecahkan halangan, termasuk mengurangkan kelajuan ketika impak berlaku. Hasilnya, pengadang 36-inci menghasilkan keputusan lebih baik berbanding pengadang 34-inci, di mana dua unit kereta ujian itu didapati tidak memecahkan pengadang tersebut. Malah, berdasarkan simulasi komputer, pengadang 36-inci itu turut mampu menghalang kenderaan lebih tinggi seperti trak pikap daripada bergolek apabila berlanggar.

“Kami tidak melihat sebarang ketidakstabilan pada kenderaan bagi pengadang 36-inci. Inilah apa yang kami mahukan dalam ujian perlanggaran dan simulasi ini,” kata penyelidik lepasan ijazah dengan MSRF, Asadollahi Pajouh.

SAIZ PERLU TEPAT

Bagaimanapun, pembinaan pengadang jalan baharu itu memerlukan ketepatan yang agak rumit untuk dibina. Ini kerana jika pengadang itu cuma terlebih seinci, pengguna bakal berdepan risiko bahaya pula.

Kajian keselamatan seperti itu memerlukan ujian perlanggaran sebenar, dan simulasi komputer yang menelan kos mahal serta banyak tugasan sampingan lain. Pajouh dan pasukannya kini merancang melakukan satu lagi ujian perlanggaran yang kali ini melibatkan trak pikap dalam usaha memuktamadkan ketinggian selamat sebenar bagi pengadang jalan.

SUMBER: Popular Mechanics

Auto Terkini autotainment kajian automotif keselamatan jalan raya pengadang jalan pengadang jalan 36-inci Universiti Nebraska-Lincoln (UNL)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.