Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: 80 Peratus Pembeli Proton, Perodua Pilih Tempoh Pinjaman Bank Hingga Sembilan Tahun
Auto Terkini

Kajian: 80 Peratus Pembeli Proton, Perodua Pilih Tempoh Pinjaman Bank Hingga Sembilan Tahun

Han OthmanBy Han Othman26/03/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIRA-kira 80 peratus pembeli kereta Proton dan Perodua memilih tempoh pembiayaan pinjaman kenderaan hingga sembilan tahun, kata AmInvestment Bank.

Malah menurut bank pelaburan itu, segelintir pembeli sanggup melanjutkan tempoh pinjaman lebih lama jika dibenarkan melakukannya.

Dalam kajian dilakukan AmInvestment Bank, kenderaan Proton dan Perodua  menjadi pilihan teratas dalam kalangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Demografik pengguna itu juga menunjukkan pemilikan kenderaan dianggap sebagai satu keperluan berbanding  kemewahan.

Keutamaan mereha ialah bayaran ansuran bulanan. Baki kewangan mereka dipengaruhi kadar faedah semasa.

Setiap orang memantau rapat Kadar Dasar Semalaman (OPR) kerana seiring dengan situasi kewangan mereka. Ini ialah faktor yang Kerajaan tidak boleh terlepas pandang.

“Bank Negara Malaysia (BNM) sudah mengekalkan kadar OPR yang tidak berubah pada 3.0 peratus sejak Mei tahun lalu.

Menurut AmInvestment Bank lagi, permohonan dan kelulusan pinjaman kenderaan buat masa ini berjaya mengekalkan kadar yang kuat, terutama Perodua Myvi.

Pemintaan model tersebut sangat tinggi, dengan penangguhan penghantaran dilanjutkan sejak tahun lalu kerana pembeli terdedsak membeli berikutan keperluan dan kebimbangan mengenai kemungkinan peningkatan OPR yang mampu meningkatkan kos pemilikan kenderaan.

Kajian firma itu juga mendakwa pembelian kereta terpakai juga masih tinggi buat masa ini yang tidak menunjukkan tanda-tandang terjejas.

Ini kerana pada pertengahan 2023, beberapa pengeluar berdepan isu kitaran bekalan yang menyebabkan pengeluaran rendah, sekali gus meningkatkan permintaan di pasaran kenderaan terpakai.

Jualan adalah kuat, tetapi kebanyakannya untuk segmen kereta terpakai, terutama buatan Jepun dan domestik.

“Lagi, trend terkini menunjukkan pembeli mengelak membeli kereta dengan kapasiti enjin besar.Ini mungkin disebabkan kebimbangan mengenai rasionalisasu subsidi bahan api,” kata AmInvestment Bank.

Tinjuan di bilik pameran kereta juga menunjukkan peningkatan minat tinggi kepada kenderaan elektrik bateri (BEV) dengan beberapa pembeli potensi kini bersedia menimbangkan penjimatan bahan api berbanding kos elektrik.

Justeru tidak dapat dinafikan BEV (atau EV) kini menjadi fokus peminat kereta, terutama golongan T1 yang melihat kenderaan seperti jenis itu bagaikan ‘permainan’ yang sesuai untuk kegunaan hujung minggu.

Semua EV yang dibeli, pembeli memilih tempoh pinjaman lima tahun, dan sesetengahnya membeli secara tunai yang menjadi amalan biasa golongan elit T1.

Selain itu, pengecualian pelbagai cukai  seperti duti eksais, cukai jualan, dan cukai jalan membuatkan BEV menjadi pelabutan berbaloi kepada golongan elit.”

SUMBER: NST

AMINVESTMENT Bank Auto Terkini Bank Negara Malaysia (BNM) Perodua Proton
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

01/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#BIMS2026: BMW iX3 2026 Debut di Bangkok, Jarak 805 km WLTP, Harga Hampir RM450k

01/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini Dengan ADAS, Harga Dari RM114k di Thailand

01/04/2026
Lepas L4 tayang di BIMS 2026
Roda4

#BIMS2026: Lepas L4 Sasar Segmen SUV Elektrik, Jarak Hingga 450km WLTP

01/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Ron95
Auto Terkini

Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

By Syafie31/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.