Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kadar Parkir DBKL Naik 150 Peratus, Cara Atasi Kesesakan KL Kini Ditemui
Auto Terkini

Kadar Parkir DBKL Naik 150 Peratus, Cara Atasi Kesesakan KL Kini Ditemui

Han OthmanBy Han Othman18/07/20162 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

parkir-dbkl-naik
BERMULA hari ini, kadar parkir milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kawasan perniagaan utama dinaikkan sekurang-kurangnya 150 peratus. Sumber dipetik akhbar The Star menyatakan antara kawasan terlibat dalam kenaikan kadar parkir DBKL ialah Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar.

Ini bermakna kadar parkir DBKL lama, 80 sen sejam naik menjadi RM2 untuk sejam pertama dan bertambah RM3 bagi jam-jam berikut. Jadi, jika anda meletakkan kenderaan bermula 7.30 pagi hingga 6pm, iaitu waktu operasi parkir, anda perlu membayar sebanyak RM32 sehari. Kadar parkir DBKL baharu itu akan berkuatkuasa secara berperingkat bermula hari ini hingga 1 Ogos.

Kemudian kenaikan sama akan diperluaskan di beberapa zon di luar ibu kota pada bulan hadapan, di mana bayaran sekarang ialah 50 sen sejam. Berdasarkan zon, pengguna akan dicaj RM1.50 atau RM1 sejam, meningkat 100 dan 200 peratus membabitkan kawasan seperti Brickfields, Taman Maluri, Cheras, Wangsa Maju dan Setapak yang mempunyai kadar penggunaan parkir kenderaan antara 55 hingga 75 peratus.

DBKL memiliki 46,100 meter kawasan parkir dalam bandar dengan 22 peratus atau 9,914 meter terletak dalam kawasan perniagaan utama.

BUKAN MOTIF KEUNTUNGAN

DATUK BANDAR KL, DS Mohd Amin Nordin
DATUK BANDAR KL… DS Mohd Amin Nordin

Sementara itu, menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz, tindakan meningkatkat kadar parkir DBKL bukan bermotifkan keuntungan, tetapi satu-satunya cara untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dalam bandar selain menggalakkan pengguna berkongsi kereta.

“Kami mahu melapangkan sebanyak mungkin kawasan parkir dalam bandar dan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta ke bandar.

“Saya tahu akan jadi sangat tidak popular, tetapi ia perlu dilakukan kerana lalu lintas di Kuala Lumpur sudah terlampau sesak,” katanya lagi.


Benarkah langkah menaikkan kadar parkir DBKL mampu mengatasi masalah kesesakan teruk di ibu kota? Siapakah pengguna yang paling terkesan akibat tindakan berkenaan? Apakah rakyat Malaysia akan memilih pengangkutan awam sebagai alternatif baharu ke tempat kerja atau bersiar-siar ke ibu kota? Anda pasti ada alasan tersendiri bukan? 😉

Auto Terkini kadar parkir DBKL parkir DBKL parkir DBKL naik
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

#F12026: Antonelli Kembali Menang, Tewaskan Leclerc Di GP Belgium

22/07/2026
Auto Terkini

Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

22/07/2026
Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.