• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kad TNG Hot Wheels di Malaysia Autoshow 2025, Terhad 3,000 Keping Sahaja

Kad TNG Hot Wheels di Malaysia Autoshow 2025, Terhad 3,000 Keping Sahaja

May 7, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

TOUCH ‘n Go (TNG Malaysia) mengumumkan tawaran sebanyak 3,000 keping kad Hot Wheels Touch ‘n Go Card edisi terhad sempena penganjuran Malaysia Autoshow 2025 di MAEPS, Serdang di Selangor.

Kad TnG dengan ciri NFC itu hanya boleh didapati di tapak acara dengan harga RM25 setiap unit. Kad tersebut memiliki fungsi sama seperti kad TNG NFC lain dan boleh digunakan untuk pembayaran tol, transit serta parkir.

Selain itu, TNG Malaysia juga menjalin kerjasama strategik bersama jenama Jaecoo dan akan mempamerkan bagaimana integrasi teknologi pembayaran tanpa tunai dengan dunia automotif.

Pengunjung boleh menyaksikan pertunjukan dinamik dengan barisan kenderaan moden dan solusi pembayaran generasi baharu di satu lokasi iaitu ruang pameran Jaecoo.

Turut dipamerkan ialah rangkaian produk Touch ‘n Go lain termasuk pelekat RFID, kad TNG Jaecoo edisi terhad dan juga Extendable Charm – Cat Edition.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Touch ‘n Go Sdn. Bhd. (TnG), Wheels Touch ‘n Go Card

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev