• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Jumpa Geely Cityray di Hangzhou, Calon Pengganti X50?

Jumpa Geely Cityray di Hangzhou, Calon Pengganti X50?

May 2, 2025 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


KETIKA sesi pandu uji bersama rakan media di Hangzhou, China, selepas selesai kunjungan ke pameran Auto Shanghai 2025,  Geely mendedahkan satu model baharu dikenali sebagai Geely Cityray.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B ini pantas menarik perhatian kami kerana rekabentuk moden dan berpotensi besar menjadi pengganti kepada Proton X50.

Rekabentuk

Geely Cityray bersaing secara langsung dengan model seperti Honda HR-V dan Toyota Yaris Cross. Model ini sebenarnya tidak ditawarkan di pasaran China, tetapi versi eksport untuk Geely Boyue Cool, yang diperkenalkan di China pada awal 2023.

Seperti nama asalnya, Geely Cityray membawa DNA Boyue yang dekat kepada Proton X70, dan bukan Binyue yang menjadi asas kepada Proton X50. Namun, Cityray dibangunkan berasaskan platform BMA (bukan CMA) untuk model Geely segmen-B, atau nama di China dipanggil Geely Boyue Cool.

Rekabentuk luaran Geely Cityray tampil lebih agresif dan matang berbanding X50 dengan gril ‘Ribbon Wing’ rekaan baharu, lampu LED tirus, dan garis badan yang kemas serta tegap.

Trenkuasa

Geely Cityray menawarkan trenkuasa petrol 4-silinder sebaris 1.5L turbo suntikan terus (TD) berkuasa 172hp @ 5,500rpm, dan tork 290Nm @ 2,00-3,500rpm dengan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan. Ada juga varian hibrid plug-in (PHEV) dengan motor elektrik dan transmisi DHT (Hi-F PHEV) 3-kelajuan.

Ciri keselamatan standard dilengkapi enam beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dengan Brek Automatik (BA), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Program Stabiliti Elektronik (ESP), Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC), Kawalan Turun Bukit (HDC) dan Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS).

Ciri Keselamatan

SUV subkompak ini juga dilengkapi sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Keluar Lorong (LDW), Amaran Kekal Lorong (LKA), Amaran Kekal Lorong Kecemasan (ELKA), Bantuan Lebuh Raya (HWA), Kawalan Lamu Tinggi Pintar (IHBC),  Amaran Tukar Lorong (LCW), Amaran Buka Pintu (DOW), Pengesan Titik Buta (BSD), Sokongan Mitigasi Perlanggaran Belakang (CMSR), dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).

Ciri dalaman memuatkan infotainmen 10.2 inci dengan skrin sentuh vertikal, kluster instrumen digital, dan sistem kamera 540° definisi tinggi (HD) dengan paparan imej bawah kenderaan.

Di pasaran, harga jualan adalah antara RM55,000 dan RM72,000 mengikut varian. Jika dibawa masuk di bawah jenama Proton, model ini berpotensi mengisi ruang dalam penawaran SUV subkompak tempatan, terutama segmen elektrifikasi.

Rekabentuk dan spesifikasi Geely Cityray dilihat seiring keperluan pasaran Malaysia. Buat masa ini, tiada pengesahan rasmi daripada pihak Proton, tetapi kemunculannya menandakan hala tuju baharu dalam barisan produk Geely.

geely-cityray-2025-10
geely-cityray-2025-12
geely-cityray-2025-1
geely-cityray-2025-28
geely-cityray-2025-2
geely-cityray-2025-11
geely-cityray-2025-9
geely-cityray-2025-8
geely-cityray-2025-3
geely-cityray-2025-15
geely-cityray-2025-14
geely-cityray-2025-13
geely-cityray-2025-26
geely-cityray-2025-27
geely-cityray-2025-18
geely-cityray-2025-7
geely-cityray-2025-4
geely-cityray-2025-21
geely-cityray-2025-20
geely-cityray-2025-22
geely-cityray-2025-19
geely-cityray-2025-5
geely-cityray-2025-6
geely-cityray-2025-16
geely-cityray-2025-17
geely-cityray-2025-23
geely-cityray-2025-24
geely-cityray-2025-25

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Shanghai 2025, Geely, Geely Cityray, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Proton, Proton X50, Roda4, SUV segmen-B, SUV subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev