Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jualan Proton e.MAS 5 Menurun, Tapi…
Auto Terkini

Jualan Proton e.MAS 5 Menurun, Tapi…

SyafieBy Syafie12/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.

JUALAN model kenderaan elektrik (EV) Proton, Proton e.MAS 5, mencatat penurunan jualan sepanjang Februari 2026, tetapi masih mengekalkan kedudukan dalam senarai 10 model kereta paling laris Malaysia bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Berdasarkan data pendaftaran kenderaan, Proton e.MAS 5 merekodkan 3,068 unit (Januari 2026), sebelum menurun kepada 1,562 unit (Februari 2026).

Walaupun berlaku penurunan bulanan, model EV tersebut masih mencatat jumlah jualan terkumpul 4,630 unit bagi Januari hingga Februari 2026, sekali gus berada di tangga keenam dalam senarai model paling popular Malaysia setakat ini.

Antara EV Paling Laris di Malaysia

Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.

Prestasi itu menunjukkan Proton e.MAS 5 masih mendapat sambutan baik di pasaran tempatan, terutama dalam segmen EV yang semakin berkembang.

Dengan angka jualan itu, e.MAS 5 mengatasi beberapa model popular lain seperti Proton X50, Proton S70 dan Toyota Hilux dari segi jumlah pendaftaran dalam tempoh sama.

Ini membuktikan EV semakin diterima pengguna Malaysia, walaupun pasaran masih didominasi kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Momentum EV Dijangka Terus Meningkat

Logo Proton e.MAS

Walaupun jualan Februari lebih rendah berbanding Januari, kemasukan Proton e.MAS 5 dalam 10 kereta paling laris Malaysia menunjukkan potensi besar pasaran EV tempatan.

Dengan lebih banyak infrastruktur pengecasan dibangunkan dan peningkatan kesedaran terhadap mobiliti elektrik, model seperti e.MAS 5 dijangka terus memainkan peranan penting dalam pertumbuhan segmen EV negara dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

SUMBER: Data.gov.my

Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Proton e.MAS 5 Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.