Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jualan Penggal Pertama 2024 Geely Auto Meningkat 46.6 Peratus Kepada RM65.5b!
Auto Terkini

Jualan Penggal Pertama 2024 Geely Auto Meningkat 46.6 Peratus Kepada RM65.5b!

Abang HirataBy Abang Hirata02/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUBSIDIARI konglomerat automotif dari China, Zhejiang Geely Holding Group, Geely Automobile Holdings Ltd (Geely Auto) mencatatkan keuntungan memberangsangkan pada penggal pertama (H1) 2024.

Hasil (revenue) firma itu melonjak kepada 107.3 bilion yuan (RM65.54 bilion), meningkat 46.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Tunai bersih meningkat 25.4 peratus kepada 35.7 bilion yuan (RM21.79 bilion).

Keuntungan kasar pengeluar itu meningkat kepada 16.2 bilion yuan (RM9.89 bilion) dengan margin keuntungan kasar 15.1 peratus berikutan peningkatan jualan dan pengoptimuman produk.

Prestasi memberangsangkan itu boleh dijangka selepas Geely Auto mengumumkan rekod jualan baharu yang mencecah 956,600 unit kenderaan pada H1 2024, iaitu lonjakan 41 peratus.

Daripada jumlah itu, kenderaan elektrifikasi dan tenaga baharu mencatat jualan 320,000 unit, melonjak 117 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Kenderaan elektrifikasi mewakili 33.5 peratus jualan keseluruhan berbanding 21.8 peratus pada H1 2023.

Tranformasi Kenderaan Elektrifikasi Geely

  • Siri model Geely Galaxy memacu transformasi kenderaan elektrifikasi Geely Auto.
  • Jualan model Galaxy melonjak 742 peratus kepada 81,000 unit.
  • Menggunakan bateri canggih jenis litium-besi-fosfat bilah pendek (Short Blade LFP) yang dibangunkan daripada platform Arkitektur Kenderaan Tenaga Bahauaru Pintar Global (Global Intelligent New Energy Vehicle Architecture, GEA).
  • Kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik Geely Galaxy E5 (foto atas) dilancar pada Ogos tahun ini.
  • Bersama model lain lebih awal seperti L6, L7 dan E8 membentuk siri elektrifikasi menyeluruh daripada barisan sedan dan SUV hibrid dan elektrik.

Lynk & Co

  • Jenama premium Geely Auto.
  • Jualan H1 87,870 unit, meningkat 53.6 peratus.
  • Jualan sejak dilancarkan dan setakat Jun 2024 melebihi 1.17 juta unit.
  • Jualan model hibrid pada H1 64,072 unit atau 50.9 peratus daripada keseluruhan.

Zeekr

  • Diposisikan sebagai jenama kenderaan elektrik (EV) mewah.
  • Menerajui pasaran kenderaan bernilai 200,000 yuan (RM121,955) dan ke atas dengan jualan 87,870 unit, lonjakan 106 peratus.
  • Jualan Jun mencatatkan rekod sebanyak 20,106  dan pertama kali melebihi angka 20,000 unit dalam tempoh sebulan.
  • Jualan sejak pelancaran dan setakat Jun 2024 sudah melebihi 280,000 unit.

Proton

  • Rakan strategik Geely Auto.
  • Jualan H1 melebihi 78,000 unit dengan keuntungan bersih 126 juta yuan (RM76.9 juta).
  • Jualan X50 dan X70 melebihi 10,000 unit.

Jualan Luar Negara

  • Jualan eksport mencecah 197,428 unit atau peningkatan 67 peratus.
  • Pelancaran 12 model di 30 negara pada H1 2024.
  • Mempunyai lebih 650 cawangan jualan dan servis di 76 negara luar China.
  • Lynk & Co memasuki pasaran Azerbaijan dan Filipina.
  • Zeekr sudah berada di hampir 30 pasaran luar China seperti Sweden, Belanda, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Mexico dan pasaran pemanduan kanan (RHD) lain seperti Thailand, Malaysia, dan Indonesia.
  • Kerjasama antara Geely Auto dan Renault Korea membuahkan hasil dengan jualan keseluruhan 42,000 unit.
  • Dividen kerjasama mencecah 180 juta yuan (RM109 juta) dan 150 juta yuan (RM91.5 juta) pada H1 2023 dan 2024 hasil prestasi usahasama dalam pasaran Korea, Eropah dan Amerika.

Peningkatan Pelaburan dalam Elektrifikasi Pintar

  • Peningkatan pelaburan dalam program penyelidikan dan pembangunan (R&D) elektrifikasi pintar pada H1.
  • Jumlah pelaburan dalam R&D meningkat 17.9 peratus kepada 7 bilion yuan (RM4.27 bilion) yang memacu pelaksanaan strategi Smart Geely 2025.
  • Teknologi pemanduan autonomi  Zeekr menerima kelulusan ujian rintis L3 di Shanghai dan Ningbo. Fungsi Navigation Zeekr Pilot (NZP) di lebuh raya dibenarkan untuk digunakan di seluruh China.
  • Liputan peta ketepatan tinggi Lynk & Co merangkumi keseluruhan wilayah di China.
  • Sistem kokpit pintar dibangunkan bersama Meizu dan Geely, Flyme Auto dilancar pada 30 Mei 2024.
  • Pencapaian dalam bidang keselamatan, ketahanan dan kecekapan melalui teknologi bernilai tinggi seperti bateri Short Blade LFP, unit pacuan elektrik pintar bersepadu 11 dalam 1 (11-in-1) dan platform GEA.
Geely Geely Auto Geely Automobile Holdings Ltd Zhejiang Geely Holding Group
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.