Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jualan Motosikal Dunia Jatuh 2.6 Peratus Sepanjang 2019, India Kekal Nombor Satu
Auto Terkini

Jualan Motosikal Dunia Jatuh 2.6 Peratus Sepanjang 2019, India Kekal Nombor Satu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASARAN motosikal global mengalami penurunan jualan 2.6 peratus, daripada 61.7 juta unit (2018) kepada 60.1 juta (2019). India, yang menjadi pasaran motosikal terbesar dunia turut mencatatkan penurunan jualan, sebaliknya China dan Eropah menunjukkan trend lebih positif.

Pada 2016, pasaran motosikal global dikejutkan dengan peraturan baharu Kerajaan China mengenai pendaftaran skuter dan motosikal yang menyumbang kepada penurunan jualan lebih 5 juta unit. Ini kerana setahun sebelum itu, Beijing mengambil keputusan drastik mengharamkan motosikal memasuki bandar utama seluruh negara.

Tindakan itu diambil bagi menangani masalah pencemaran udara selain menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Ini kerana motosikal di China masih menggunakan enjin 2-lejang yang menghasilkan kadar emisi tinggi berbanding enjin 4-lejang.

BACA >>> Jualan Hero Splendor Merosot, Tapi Masih Nombor 1 di India

DATA JUALAN MOTOSIKAL CHINA

  • 2019: 16.4 juta
  • 2018: 15.5 juta
  • 2017: 17.1 juta
  • 2016: 16.8 juta

Kesan daripada peraturan berkenaan membolehkan India memintas kedudukan China pada 2016 sebagai pasaran motosikal terbesar dunia. Sebelum itu, India berada di ranking kedua.

Pada 2018, India, Filipina dan Pakistan membantu memulihkan semula pasaran antarabangsa dengan jualan motosikal. Jumlah terkumpul jualan motosikal dunia pada tahun itu ialah 61.7 juta unit, sama seperti 2014. Bagaimanapun, India mengalami penurunan jualan kira-kira 3.1 juta, tahun lalu, tetapi jualan di China pula naik 1.3 juta unit.

Penurunan jualan motosikal di India membabitkan jenama tempatan seperti Hero (-14 peratus), TVS (-10 peratus), Bajaj Auto (-12 peratus) dan Royal Enfield (-16 peratus).

SEGMEN MOTOSIKAL UTAMA DUNIA 2019 BERBANDING 2018
  • Skuter 50cc ke atas: 25.8 juta unit (-0.7 juta)
  • Motosikal: 24.4 juta (-1.2 juta)
  • Moped: 4.6 juta (+0.2 juta)
  • Tiga Roda: 4.7 juta (+0.15 juta)
  • Empat Roda/ATV: 559,000 unit
KAPASITI MOTOSIKAL (CC) TERBESAR GLOBAL BERDASARKAN JUALAN
  • 51-125cc : 70 peratus
  • 126-250cc : 24.8 peratus
10 PASARAN MOTOSIKAL TERBESAR DUNIA DAN JUALAN
  1. India: 18.5 juta
  2. China: 16.3 juta
  3. Indonesia: 6.5 juta
  4. Vietnam: 3.2 juta
  5. Filipina: 1.8 juta
  6. Thailand: 1.67 juta
  7. Pakistan: 1.67 juta
  8. Brazil: Lebih 1 juta
  9. Mexico: Lebih 1 juta
  10. Taiwan: 0.9 juta

Perancis ialah pasaran motosikal terbesar Eropah, dan menduduki ranking ke-17 dunia, manakala Amerika Syarikat ke-11, dan Jepun ke-15.

Tahun 2020, pasaran motosikal dunia diramal negatif berikutan impak wabak Covid-19. Jualan di China dipercayai merosot hingga dua digit. Pasaran lain seperti Eropah, Filipina dan Indonesia juga dijangka terjejas. Jika wabak itu menjejaskan pasaran India, jualan motosikal global diramalkan menyusut lebih 10 juta unit berbanding tahun lalu.

SUMBER: Moto.IT | MCD

Auto Terkini Covid-19 Jualan Motosikal Dunia 2019 Jualan Motosikal India motosikal
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.