Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jualan Kenderaan di Malaysia Meningkat 20 Peratus Sepanjang Oktober 2024
Auto Terkini

Jualan Kenderaan di Malaysia Meningkat 20 Peratus Sepanjang Oktober 2024

SyafieBy Syafie15/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERSATUAN Automotif Malaysia (MAA) menyatakan jumlah jualan kenderaan di Malaysia meningkat 20 peratus bersamaan 11,827 unit pada Oktober lalu, sekali gus mencatatkan jumlah 69,859 unit lebih tinggi berbanding September 2024 (58,032 unit).

Namun, secara asas tahun ke tahun, jumlah jualan kenderaan merosot lapan peratus berbanding 76,173 unit yang dicatatkan pada bulan sama tahun lalu.

Berikut perbandingan jumlah kenderaan tahun ke tahun mengikut kategori berbeza:

  • Kenderaan Penumpang: 64,322 unit (Oktober 2024) turun 8 peratus berbanding 68,721 unit (Oktober 2023)
  • Kenderaan Komersial: 5,537 unit (Oktober 2024) turun 26 peratus berbanding 7,452 unit (Oktober 2023)

MAA berkata;

Jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk Oktober 2024 adalah 20 peratus lebih tinggi berbanding September 2024 (58,032 unit).”

“Ia berikutan kempen promosi akhir tahun oleh syarikat kereta dan bulan bekerja yang panjang.”

TIV bagi tempoh Januari hingga Oktober 2024 pula mencatatkan peningkatan 2.4 peratus daripada 648,130 unit pada Oktober 2023 kepada 664,002 unit pada bulan sama 2024.

Berikut perbandingan TIV (10 bulan) tahun ke tahun mengikut kategori berbeza:

  • Kenderaan Penumpang: 608,225 unit (2024) naik 5% berbanding 581,672 unit (2023)
  • Kenderaan Komersial: 55,777 unit (2024) turun 16% berbanding 66,458 unit (2023)

MAA turut menjangka moementum jualan akan meningkat lebih tinggi bulan ini.

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini Jualan Kenderaan Malaysia Oktober 2024 Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) Kenderaan Komersial Kenderaan Penumpang Persatuan Automotif Malaysia (MAA)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Nissan Kicks e-POWER Terima Facelift di Thailand

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.