Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jualan Diesel Susut Lebih 300 Juta Liter, Bukti Ketirisan Sudah Semakin Menurun
Auto Terkini

Jualan Diesel Susut Lebih 300 Juta Liter, Bukti Ketirisan Sudah Semakin Menurun

SyafieBy Syafie13/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PELAKSANAAN  penyasaran semula subsidi diesel nyata memberi kesan signifikan apabila jualan bulanan bahan api itu menurun lebih 300 juta liter, sekali gus membuktikan usaha kerajaan mengurangkan ketirisan semakin berjaya.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, jumlah jualan diesel merosot 770 juta liter kepada 465 juta liter sebulan selepas penyasaran subsidi dilaksanakan bermula 10 Jun tahun lalu.

Jualan Diesel Komersial Pula Naik

Menurutnya, data itu berdasarkan perbandingan jualan diesel lima bulan sebelum dan selepas pelaksanaan dasar tersebut.

Penurunan ini menunjukkan berkurangnya ketirisan subsidi diesel, termasuk kegiatan penyeludupan yang mungkin sudah menurun.”

Beliau turut menjelaskan pada masa sama, jualan diesel komersial meningkat selepas subsidi disemak semula.

Kerajaan Jimat RM5 Bilion Setahun

Ini bermakna sebelum ini, ada pihak yang membeli diesel bersubsidi di stesen minyak, tetapi digunakan untuk tujuan komersial seperti mesin dan generator di tapak pembinaan atau kilang,” katanya.

Menjawab soalan asal Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen (PH), Hui Ying berkata, Kerajaan kini menjimatkan lebih RM400 juta sebulan, atau sekitar RM5 bilion setahun, hasil rasionalisasi subsidi diesel itu.

Menurutnya lagi, penjimatan tersebut membolehkan Kerajaan menyalurkan dana kepada projek pembangunan dan memperkukuh jaringan sosial rakyat menerusi bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Subsidi Bersasar Bukti Keberkesanan Dasar Ekonomi MADANI

Di bawah kerangka Ekonomi MADANI, pelaksanaan subsidi bersasar ini terbukti berkesan, bukan saja mengurangkan ketirisan, malah membantu Kerajaan mengoptimum perbelanjaan fiskal dan memastikan golongan layak terus menerima manfaat,” katanya.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Dewan Rakyat kerajaan madani Penyasaran Subsidi Diesel YB Lim Hui Ying
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Kenderaan Elektrik (EV)

    #BIMS2026: BMW iX3 2026 Debut di Bangkok, Jarak 805 km WLTP, Harga Hampir RM450k

    01/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini Dengan ADAS, Harga Dari RM114k di Thailand

    01/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Lepas L4 Sasar Segmen SUV Elektrik, Jarak Hingga 450 km WLTP

    01/04/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz GLS 2027, S-Class Versi SUV 7 Tempat Duduk, Canggih Dengan AI!

    01/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.