Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Untung Lebih RM20j Bidaan Nombor Pendaftaran Siri M___M
Auto Terkini

JPJ Untung Lebih RM20j Bidaan Nombor Pendaftaran Siri M___M

Han OthmanBy Han Othman08/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan lebih RM20 juta daripada hasil kutipan keseluruhan bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri M___M sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66.

Kenyataan JPJ hari ini berkata, nombor pendaftaran M1M ialah NPI paling tinggi dibida dengan nilaian RM622,000, manakala M5M berada di tempat kedua tertinggi pada harga RM500,000.

Ketiga, M8M dengan nilaian RM450,000, diikuti M9M dengan nilai RM402,004 dan kelima, M6M dengan nilaian RM350,000. Siri M__M ini telah menunjukkan sambutan luar biasa daripada pembida-pembida.

“Jumlah penyertaan keseluruhan pembida siri ini adalah sebanyak 25,033 orang dan sejumlah 6,872 pembida berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing,” kata kenyataan JPJ.

JPJ menjelaskan lima nombor paling banyak dibida ialah M101M, iaitu 39 pembida, M155M (33 pembida), M51M (32 pembida), diikuti M313M (31 pembida) dan seterusnya M39M sebanyak 28 pembida.

Hasil pembidaan siri M___M ini, yang membawa maksud ‘Malaysia Merdeka’ mendapat sambutan daripada pelbagai pihak, sekali gus menunjukkan semangat dalam menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan 2023,” kata kenyataan JPJ lagi.

JPJ mengucapkan tahniah kepada pembida yang menerima keputusan rasmi pada 5 September lalu dan berterima kasih kepada semua pengguna yang menyertai bidaan itu bagi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan pilihan masing-masing melalui Sistem JPJeBid.

Bidaan nombor pendaftaran melalui Sistem JPJeBid secara atas talian ini adalah usaha jelas JPJ menyediakan perkhidmatan secara digital kepada seluruh rakyat selaras Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini JPJ nombor pendaftaran Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) nombor plat
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

03/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.