• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Tawar Langsai Saman RM150 Di Mini Karnival MOT 2025

JPJ Tawar Langsai Saman RM150 Di Mini Karnival MOT 2025

September 25, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

ORANG ramai dijemput hadir ke Mini Karnival MOT (Hari Bertemu Pelanggan dan Kerjaya MOT) yang akan berlangsung pada 28 – 29 September 2025 di Terminal Bersepadu Gombak (TBG).

Acara anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik serta perkhidmatan terus daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tawaran & Perkhidmatan Disediakan

Antara aktiviti dan tawaran istimewa menanti pengunjung ialah:

  • Pertukaran topi keledar lama kepada baharu.
  • Tawaran bayaran saman kompaun khas kadar rata RM150 (melibatkan saman AWAS, Notis 114 dan Notis 115).
  • Pendaftaran JPJeID & aplikasi MyJPJ.
  • Perkhidmatan Kaunter Bergerak JPJ Mobile.
  • Pameran advokasi keselamatan jalan raya.

Langsai Saman Khas RM150

Menurut JPJ, tawaran kadar rata RM150 ini terpakai kepada:

  • Saman di bawah Automated Awareness Safety System (AWAS).
  • Notis 114 – pemilik saman perlu hadir temu siasat.
  • Notis 115 – pemilik saman perlu hadir ke mahkamah.

Kempen ini menyambung inisiatif yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, awal tahun lalu. Tempoh asal berakhir pada 30 Jun, kemudian dilanjutkan hingga 31 Disember 2025 dengan perluasan skop termasuk saman AWAS.

Elak Disenarai Hitam, Mudah Urusan JPJ

JPJ mengingatkan pengguna jalan raya agar mengambil peluang menyelesaikan saman tertunggak bagi mengelakkan tindakan senarai hitam yang boleh menghalang proses pembaharuan cukai jalan.

Selain menyelesaikan saman, pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat mengenai keselamatan jalan raya, menyertai aktiviti interaktif serta berurusan dengan JPJ secara terus di lokasi.

SUMBER: FB Jabatan Pengangkutan Jalan

Mini Karnival MOT 1
Mini Karnival MOT 2
Mini Karnival MOT 3
Mini Karnival MOT 4
Mini Karnival MOT 5
Mini Karnival MOT 6

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Menteri Pengangkutan Malaysia, Mini Karnival MOT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev