• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta

JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta

July 1, 2022 By Wahid Leave a Comment

228
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis mengesan beberapa warga asing pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), khususya pelarian Myanmar etnik Rohingya, didapati memiliki memandu di negeri itu.

Undang-undang pengangkutan jalan di Malaysia melarang warga asing yang memegang kad UNCHR daripada memiliki dan memandu. Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata;

BACA >>> Lelaki Kongsi Kisah Unik Urus Jenazah 6 Warga Rohingya Maut Lintas Lebuh Raya PLUS

Memang termaktub dalam undang-undang jalan raya warga asing pemegang kad UNHCR tidak dibenarkan memandu apatah lagi menunggang motosikal di negara ini.

"Malah, kita dapati ada warga tempatan terutama majikan kepada pemegang kad UNHCR membenarkan warga asing memandu kenderaan milik mereka hingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengguna jalan raya disebabkan golongan ini tidak mempunyai lesen memandu.

"Berdasarkan rekod kita sejak pintu sempadan Malaysia-Thailand dibuka pada 1 April lalu, sebanyak tujuh kenderaan disita membabitkan masing-masing tiga motosikal dan kereta serta sebuah lori.

"Malah, daripada jumlah itu, enam daripadanya ialah warga Myanmar etnik Rohingya yang memegang kad UNHCR serta seorang warga Pakistan.

BACA >>> 6 PATI, termasuk 2 Budak Maut Dilanggar ketika Seberang Lebuh Raya
BACA >>> Ibu, Anak 2 Tahun Cedera Langgar Van Warga Asing Buat 'U-Turn' Suka Hati

Semakan JPJ juga mendapati kebanyakan kenderaan disita adalah milik warga tempatan yang menyewakan kepada warga asing untuk kegunaan harian.

Fatimah berkata demikian selepas melakukan tinjauan Ops Pemandu Warga Asing (PEWA) Bersepadu yang dijalankan antara JPJ Negeri Perlis dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar di Bulatan Padang Besar, semalam.

Semua ditahan dikenakan saman kerana melanggar undang-undang jalan raya.

SUMBER: BeritaHarian | JPJPerlis

228
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ Negeri Perlis, Pemegang Kad UNCHR, Rohingya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my