Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Sita Kereta Mewah Guna Nombor Plat Palsu Elak Kamera AWAS di LPT1
Auto Terkini

JPJ Sita Kereta Mewah Guna Nombor Plat Palsu Elak Kamera AWAS di LPT1

SyafieBy Syafie26/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Guna nombor pendaftaran palsu elak AWAS

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita enam kereta mewah dianggarkan bernilai RM1.5 juta atas pelbagai kesalahan serius dalam Ops Khas yang dijalankan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) berhampiran Karak, hari ini.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, salah satu kereta mewah yang disita, didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu bagi mengaburi pihak berkuasa dan mengelakkan tindakan undang-undang.

Nombor Pendaftaran Tidak Sepadan Rekod Sebenar

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran digunakan itu tidak sepadan dengan rekod sebenar kenderaan, sekali gus menimbulkan syak mengenai cubaan mengelak penguatkuasaan.

Hasil siasatan mendapati kenderaan terbabit turut melakukan kesalahan lain seperti tiada cukai jalan dan perlindungan insurans, menjadikan kes ini antara perlanggaran paling serius dikesan sepanjang operasi,” katanya.

Elak Kamera AWAS Jadi Motif Utama

Muhammad Kifli berkata, siasatan lanjut mendapati motif utama penggunaan nombor pendaftaran palsu adalah bagi mengelak dikesan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).

Kesalahan menggunakan nombor pendaftaran palsu disiasat bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM10,000, selain tindakan undang-undang lain yang berkaitan.

Pelbagai Kesalahan Lain Dikesan

Menurut beliau, baki kereta mewah lain yang disita dalam operasi sama turut melakukan pelbagai kesalahan jalan raya, seperti:

  • Tiada lesen memandu
  • Tiada cukai jalan
  • Tiada perlindungan insurans

Selain enam kereta mewah berkenaan, JPJ turut menyita:

  • 15 kereta
  • 8 motosikal berkuasa tinggi
  • 102 motosikal bawah 250cc
  • Sebuah van
  • Sebuah lori

Lebih 1,200 Notis Dikeluarkan

Dalam operasi yang berlangsung jam 6 pagi hingga 1 tengah hari, JPJ mengeluarkan 1,203 notis atas pelbagai kesalahan.

Ops Khas itu melibatkan kerjasama JPJ Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Ibu Pejabat, dengan sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa tempatan.

Seramai 183 anggota JPJ digerakkan dengan tumpuan penguatkuasaan di LPT1 melibatkan laluan Gombak hingga Karak.

JPJ Tidak Berkompromi

Logo JPJ

Muhammad Kifli turut memberi amaran tegas JPJ tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan drastik termasuk sitaan kenderaan, sama ada motosikal atau kereta mewah, terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang jalan raya.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kereta Mewah Guna Plat Palsu Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Muhammad Kifli Ma Hassan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.