JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor mengesahkan aduan orang ramai mengenai kenderaan melawan arus dengan melancarkan operasi khas di Jalan Bandar Mahkota Cheras, hari ini.
Berdasarkan siasatan awal, beberapa kesalahan sudah dikenal pasti:
- Tidak mematuhi isyarat lalu lintas (lawan arus)
- Tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM)
- Tiada perlindungan insurans sah
JPJ menegaskan pihaknya sentiasa memantau aduan orang awam secara berterusan dan komited memastikan pemandu mematuhi segala peraturan jalan raya.
Salurkan Aduan Anda
Orang awam digalakkan menyalurkan aduan kesalahan trafik menerusi:
- [email protected]
- Aplikasi e-Aduan JPJ
Pastikan aduan disertakan dengan butiran pengadu dan maklumat lengkap kejadian bagi membantu siasatan lanjut.
SUMBER: FB JPJNegeriSelangor
Leave a Reply