Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Perkasa Operasi Lebih Muatan, 1.2 Juta Kenderaan Sudah Diperiksa Sepanjang 2025
Auto Terkini

JPJ Perkasa Operasi Lebih Muatan, 1.2 Juta Kenderaan Sudah Diperiksa Sepanjang 2025

SyafieBy Syafie09/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ops Gempur Perdagangan - JPJ

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mempertingkat tindakan penguatkuasaan secara menyeluruh di seluruh negara terhadap kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya menerusi pelaksanaan Operasi Lebih Muatan tahun ini.

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, sepanjang 2025 JPJ sudah memeriksa 1.2 juta kenderaan, dengan 240,493 kenderaan diambil tindakan, manakala 465 kenderaan disita mengikut Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Menurut beliau, antara kesalahan tertinggi yang direkodkan sepanjang tempoh itu ialah:

  • Gagal mematuhi Notis Arahan Pemeriksaan Berkala
  • Tiada Lesen Vokasional
  • Tayar kenderaan tidak disenggara dengan baik
  • Tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL)

Fokus Had Muatan, Penguatkuasaan Teknikal dan Sistem Had Laju

Aedy Fadly berkata, fokus utama Operasi Lebih Muatan kali ini adalah terhadap kenderaan yang melanggar had muatan dibenarkan bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan peraturan-peraturan berkaitan.

Selain itu, operasi turut memberi penekanan kepada:

  • Penguatkuasaan teknikal kenderaan
  • Pematuhan penggunaan Sistem Had Laju (SLD)

Ia bertujuan memastikan kenderaan perdagangan beroperasi mengikut piawaian yang ditetapkan dan tidak membahayakan pengguna jalan raya,” katanya.

Audit JISA Sokong Penguatkuasaan

Beliau berkata, pelaksanaan Operasi Lebih Muatan turut disokong menerusi Audit JISA (Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan JPJ), yang berperanan menilai tahap:

  • Pematuhan keselamatan
  • Integriti operasi
  • Pengurusan risiko

JPJ menegaskan, tiada kompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang.

Tindakan penguatkuasaan di bawah Operasi Lebih Muatan akan terus diperkasa secara berterusan demi keselamatan jalan raya, kesejahteraan orang awam dan kelestarian sistem pengangkutan negara,” katanya.

Tahap Pematuhan Pemandu Semakin Meningkat

Mengulas tahap pematuhan dalam kalangan pemandu kenderaan perdagangan, Aedy Fadly mendakwa menunjukkan trend peningkatan, selari kekerapan dan ketegasan operasi penguatkuasaan dilaksanakan JPJ.

Dalam satu operasi lebih tiga jam bermula jam 10 malam, 258 kenderaan diperiksa, dengan 88 kenderaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan, termasuk tiada lesen memandu dan kesalahan lebih muatan.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Operasi Lebih Muatan
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Frauscher x Porsche 790 Spectre, Bot Guna Trenkuasa Porsche Macan!

25/01/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Kekal Hingga 2026

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

24/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.