• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Periksa 37 Cawangan Puspakom, Sita 21 Kenderaan dalam Ops Khas Seluruh Negara

JPJ Periksa 37 Cawangan Puspakom, Sita 21 Kenderaan dalam Ops Khas Seluruh Negara

January 13, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan pemeriksaan ke atas 37 cawangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) melalui Ops Khas Puspakom di seluruh negara, termasuk menyita kenderaan perdagangan yang melanggar peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Sejak operasi yang bermula 31 Disember lalu, sebanyak 21 kenderaan disita, termasuk kesalahan seperti menggunakan Lesen Perdagangan Kenderaan Motor palsu, kenderaan tidak berdaftar, Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans tamat tempoh.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli turut melaporkan penemuan sebuah lori yang diluluskan Puspakom walaupun fizikal tidak memenuhi standard keselamatan. Malah, tindakan sitaan diambil di bawah Seksyen 64(1) Akta 333 untuk mengelakkan kesalahan berulang.

JPJ juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menangani penyelewengan dalam keputusan pemeriksaan kenderaan.

JPJ komited melaksanakan penguatkuasaan berterusan bersama agensi lain bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, terutama melibatkan kenderaan perdagangan, dan mengurangkan kemalangan serta kematian di jalan raya.

Ops Khas Puspakom dijalankan untuk memastikan kenderaan mematuhi piawaian keselamatan dan mencegah kesalahan teknikal sebelum, semasa, dan selepas pemeriksaan.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Pengangkutan Jalan 1987, Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ops Khas Puspakom, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #TahukahAnda: Asal Usul 'Double Line', Malaysia Bukan Negara Pertama Buat Garisan Kembar!
    #TahukahAnda: Asal Usul 'Double Line', Malaysia Bukan Negara Pertama Buat Garisan Kembar!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #Perbandingan: Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo vs 1.5 Hybrid CSH, Mana Satu Nak Pilih?
    #Perbandingan: Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo vs 1.5 Hybrid CSH, Mana Satu Nak Pilih?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev