Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Negeri Sembilan Keluar 325 Saman kepada Pemandu Potong Barisan di Lorong Kecemasan
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Keluar 325 Saman kepada Pemandu Potong Barisan di Lorong Kecemasan

SyafieBy Syafie05/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Potong Q guna lorong kecemasan

BOSAN berdepan kesesakan lalu lintas dalam tempoh lama dikenal pasti sebagai antara punca utama lorong kecemasan di lebuh raya disalah guna segelintir pemandu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, antara alasan sering diberikan pengguna adalah sudah terbiasa menggunakan lorong berkenaan dan mahu cepat tiba ke destinasi.

Menurutnya, perbuatan itu bukan saja melanggar undang-undang, tetapi berisiko menghalang pergerakan ambulans, jentera bomba dan pasukan keselamatan, sekali gus boleh mengancam nyawa.

325 Notis Dikeluarkan Sepanjang Operasi Cuti Sekolah


Hanif berkata, sempena musim cuti sekolah, JPJ Negeri Sembilan melaksanakan operasi khas bagi mencegah penyalahgunaan lorong kecemasan bermula 20 Disember lalu hingga 11 Januari depan.

Sehingga semalam, sebanyak 325 notis kesalahan telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang didapati melakukan kesalahan di bawah Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” katanya.

Kompaun RM300, atau Dakwa di Mahkamah

Menurut Hanif, pemandu yang didapati bersalah boleh dikenakan kompaun RM300 atau didakwa di mahkamah, dan tiada kompromi akan diberikan kepada mana-mana pihak terlibat.

Beliau memaklumkan sepanjang 2025, 2,288 kes penyalahgunaan lorong kecemasan direkodkan di Negeri Sembilan.

Statistik ini jelas menunjukkan tahap kesedaran dan pematuhan terhadap peraturan penggunaan lorong kecemasan masih perlu dipertingkat,” katanya.

Penguatkuasaan Berterusan di Laluan Berisiko

Dalam pada itu, Hanif menegaskan JPJ Negeri akan meneruskan penguatkuasaan berterusan, bersasar dan berfokus, khususnya di laluan utama serta kawasan berisiko tinggi.

Beliau turut menggalakkan orang awam menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang trafik melalui Aplikasi MyJPJ (e-Aduan) atau e-mel aduantrafik@jpj.gov.my bagi membantu tindakan penguatkuasaan dijalankan dengan lebih berkesan.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan Lorong Kecemasan
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.