Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95
Auto Terkini

JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

SyafieBy Syafie27/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PEMEGANG Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang tamat tempoh melebihi 36 bulan tidak lagi layak menerima subsidi petrol di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95).

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli berkata, status lesen memandu memainkan peranan penting dalam menentukan kelayakan subsidi tersebut.

Lesen Aktif Jadi Syarat Kelayakan

Menurut beliau, lesen memandu diklasifikasikan sebagai aktif sekiranya tempoh tamatnya tidak melebihi 36 bulan dari tarikh pembaharuan terakhir.

Dalam tempoh itu, pemegang lesen masih layak menerima subsidi BUDI95 dan boleh memperbaharui lesen secara terus tanpa perlu menjalani ujian tambahan.

Lebih 36 Bulan Perlu Ujian Semula

Namun, bagi lesen yang tamat melebihi 36 bulan, pembaharuan tidak boleh dilakukan secara terus.

Sebaliknya, pemegang lesen diwajibkan menjalani semula ujian kompetensi memandu di institut memandu sebelum layak memperbaharui lesen.

JPJ Ingatkan Perbaharui Lesen

Sehubungan itu, JPJ menasihatkan semua pemegang lesen supaya memastikan lesen sentiasa diperbaharui dalam tempoh ditetapkan bagi mengelakkan status menjadi tidak aktif.

Selain itu, individu yang memandu kenderaan juga wajib memastikan lesen memandu masih sah dan berkuat kuasa bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

JPJ menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang cekap, telus dan berintegriti selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) lesen memandu Malaysia (LMM) Lesen Memandu Tamat Tempoh
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: NIO Firefly Dilancar di Thailand, EV Hatchback Kompak dengan Sistem Tukar Bateri

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.