JABATAN Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) melancarkan aplikasi baharu JPJvBID, iaitu platform digital yang dibangunkan untuk mengurus proses lelongan awam kenderaan sita dan dilucut hak secara dalam talian dengan lebih telus, cekap dan sistematik.
Aplikasi tersebut boleh dimuat turun bermula 10 Mac 2026 (esok) melalui Play Store (Android), Apple App Store (iPhone), dan Huawei AppGallery (Huawei)Â menggunakan ID MyJPJ sedia ada atau melalui pendaftaran baharu.
Bidaan Mula April 2026
Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli (baju biru) berkata, pembelian e-katalog bagi kenderaan akan dilelong dibuka bermula 18 Mac 2026.
Menurut beliau, sesi bidaan pertama melalui aplikasi JPJvBID dijadual berlangsung 1 hingga 5 April 2026, sekali gus memudahkan orang ramai menyertai lelongan tanpa perlu hadir secara fizikal.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Stesen Penguat Kuasa Labok, Kelantan.
Perkukuh Ketelusan Proses Lelong
Pelancaran platform digital tersebut dijangka membantu meningkatkan kecekapan pengurusan kenderaan sita selain memastikan proses lelongan dilaksanakan secara lebih telus dan teratur.
SUMBER: FB JPJ










