• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ eBid: Nombor Pendaftaran Siri NEJ, QAB_N dan SP Buka Bidaan

JPJ eBid: Nombor Pendaftaran Siri NEJ, QAB_N dan SP Buka Bidaan

December 15, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan tiga siri nombor pendaftaran kenderaan terbaharu, NEJ, SP dan QAB_N, kini dibuka untuk bidaan menerusi platform dalam talian JPJ eBid.

Jadual Bidaan Siri NEJ (Negeri Sembilan)

JPJ Negeri Sembilan mengumumkan, siri semasa NEJ mula dibuka untuk bidaan hari ini, 15 Disember, dengan tempoh bidaan lima hari dan akan ditutup 10 malam, 19 Disember ini. Seperti biasa, keputusan bidaan akan diumumkan hari berikutnya, dan semua pemohon akan dimaklumkan melalui e-mel.

JPJ eBid - NEJ

Bidaan Siri SP (Sabah)

JPJ Negeri Sabah turut mengumumkan pembukaan bidaan bagi siri nombor pendaftaran SP menerusi platform JPJ eBid. Berdasarkan notis rasmi, bidaan siri SP akan dibuka 19 Disember 2025 dan ditutup 23 Disember 2025, dengan tempoh bidaan berakhir jam 10 malam.

Keputusan bidaan siri SP dijadualkan diumumkan pada 24 Disember 2025. Orang ramai yang berminat boleh membuat bidaan secara dalam talian melalui laman rasmi JPJ eBid, tanpa perlu hadir ke kaunter.

JPJ eBid - SP

Jadual Bidaan Siri QAB_N (Sarawak)

Sementara itu, JPJ Negeri Sarawak mengumumkan, siri QAB-N sudah dibuka sejak 13 Disember dan akan berakhir 10 malam, 17 Disember, dengan keputusan dikeluarkan sehari selepas tarikh penutupan.

Bidaan dalam Talian Lebih Mudah, Telus

JPJ eBid - QAB_N

Keseluruhan proses bidaan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian, yang lebih mudah dan telus tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ.

Alternatif Jimat untuk Nombor Pendaftaran Cantik

Bagi bakal pemilik kereta baharu yang mahukan nombor pendaftaran cantik, JPJ eBid menawarkan alternatif lebih jimat tanpa perlu membayar caj 'runner' atau harga mark-up ejen.

Mereka yang kali pertama mahu mencuba bidaan sendiri boleh merujuk panduan langkah demi langkah JPJ eBid untuk meningkatkan peluang mendapatkan nombor pilihan pada harga bidaan sebenar.

SUMBER: JPJMalaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bidaan Nombor Plat, Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ Malaysia, JPJeBid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my