JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) kini membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa siri 'GM' sempena Hari Malaysia bermula 16 hingga 20 September.
Tempoh bidaan ini berlangsung lima hari dan tarikh keputusan akan dikeluarkan pada 21 September nanti.
Proses bidaan juga akan dilakukan secara dalam talian menerusi platform JPJeBid. Kepada yang berminat sila layari laman web jpjebid.jpj.gov.my untuk pendaftaran.
Bagi pembida yang berjaya turut akan diberikan dua tiket percuma untuk Festival Super GT Malaysia 2026.
Leave a Reply