Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

SyafieBy Syafie10/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JABATAN Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan menggunakan dron berteknologi tinggi yang mampu melakukan pembesaran sehingga 200 kali (200x zoom) bagi mengesan kesalahan pengguna jalan raya.

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, teknologi itu membolehkan pegawai penguat kuasa membaca nombor pendaftaran kenderaan dengan jelas dari udara, selain merakam gambar dan video sebagai bukti kesalahan trafik.

Digunakan Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

Menurut beliau, penggunaan dron tersebut akan dilaksanakan dalam Ops Hari Raya Aidilfitri yang dijadual bermula 13 Mac ini.

Rakaman yang diperoleh melalui dron berdefinisi tinggi itu akan disimpan secara automatik dalam storan dan boleh digunakan sebagai bukti sebelum tindakan penguatkuasaan diambil melalui Notis 114.

Ia mampu melakukan zoom sehingga 200 kali, sekali gus membolehkan nombor plat kenderaan yang melakukan kesalahan dikenal pasti dengan jelas,” katanya.

Bermula Di Kelantan

Buat masa ini, teknologi dron berkeupayaan tinggi itu digunakan terlebih dahulu di Kelantan sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Aedy Fadly berkata JPJ kini mempunyai lima dron untuk tujuan pemantauan, namun hanya satu daripadanya merupakan dron berteknologi tinggi yang mempunyai keupayaan pengesanan lebih canggih.

Beliau turut menjelaskan semua anggota yang mengendalikan dron tersebut perlu menjalani latihan khas serta memiliki lesen sah bagi memastikan penggunaan peralatan mematuhi peraturan ditetapkan.

Empat lagi dron milik JPJ juga akan digunakan sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri, walaupun keupayaan pengesanan tidak setinggi dron teknologi tinggi yang digunakan di Kelantan.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Dron Teknologi Tinggi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ops Hari Raya Aidilfitri
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Anwar Inbrahim, PM Malaysia
Auto Terkini

Kerajaan Usaha Kekalkan Harga RON95 RM1.99 Seliter

10/03/2026
Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.