• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Johan Kini Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

Johan Kini Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

October 21, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Pelawak dan selebriti tanah air, Tuan Haji Mohd Yazid Lim bin Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak kini secara rasmi menceburi dunia mobiliti elektrik dengan pelancaran kedai motosikal EV pertama miliknya, GGR x Johan.

Menariknya, kolaborasi ini merupakan hasil kerjasama strategik bersama GGR Motor, salah satu pemain aktif dalam industri mobiliti elektrik tempatan.

Lokasi Strategik Sebelah Restoran Itik Ke Ayam?

Kedai GGR x Johan ini dibuka di Taman Melawati, lokasi yang sama menempatkan restoran popular milik beliau sendiri, Itik ke Ayam.

Langkah ini secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada kawasan tersebut sebagai destinasi gaya hidup urban yang mesra alam.

Dirasmikan KJ, Turut Hadir Rakan-Rakan Artis

Majlis pelancaran turut diserikan dengan kehadiran beberapa figura terkenal termasuk Datuk Aflin Shauki, Ajak Shiro, serta tokoh politik dan bekas Menteri, Khairy Jamaluddin (KJ) yang juga diberi penghormatan untuk merasmikan pembukaan rasmi kedai tersebut.

Teknologi Canggih Dan Model Menarik Ditawarkan

Kedai GGR x Johan bakal menawarkan pelbagai model motosikal elektrik yang dilengkapi dengan teknologi moden seperti:

  • Bateri berkapasiti tinggi
  • Sistem pengecasan pantas
  • Ciri keselamatan terkini

Antara model utama yang menjadi tumpuan ialah Lion G1, yang dilengkapi motor berkuasa 3,000W. Ia mampu mencapai kelajuan antara 35-70 kmj bergantung kepada mod tunggangan, dan boleh menempuh jarak sehingga 120km bagi setiap cas penuh.

Lebih Daripada Sekadar Bisnes Biasa

Menurut Johan, kehadirannya dalam dunia EV bukan semata-mata untuk perniagaan, tetapi lebih kepada menyokong misi Malaysia ke arah Emisi Sifar dan memupuk kesedaran tentang kepentingan mobiliti hijau di kalangan rakyat Malaysia.

Dengan kerjasama ini, saya boleh membantu dalam memperluaskan lagi penggunaan EV di Malaysia terutama dalam sektor kerajaan, swasta, dan lain-lain lagi, di samping melestarikan lagi alam sekitar,” ujar Johan semasa majlis pelancaran.

Selebriti Dalam Dunia EV Tarik Minat Ke Arah Gaya Hidup Lestari

Kemasukan selebriti terkenal seperti Johan Raja Lawak ke dalam industri EV dilihat sebagai langkah strategik untuk menarik lebih ramai pengguna mula mempertimbangkan alternatif mobiliti yang lebih bersih, moden dan mesra alam.

Dengan pelancaran GGR x Johan, bukan sahaja pasaran motosikal elektrik tempatan bakal berkembang, malah ia turut memperkukuhkan lagi komitmen negara dalam mencapai sasaran pembangunan mampan.

ggr-johan-10
ggr-johan-9
ggr-johan-8
ggr-johan-7
ggr-johan-6
ggr-johan-5
ggr-johan-4
ggr-johan-3
ggr-johan-2
ggr-johan-1
ggr-johan-14
ggr-johan-13
ggr-johan-12
ggr-johan-11

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GGR Motor, GGR X Johan, johan raja lawak, Lion G1, Motosikal Elektrik (EV)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev