Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Jetour T2 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!
Roda4

Jetour T2 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

SyafieBy Syafie13/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JETOUR Malaysia terus mengembangkan kehadirannya di pasaran tempatan menerusi pelancaran Jetour T2 iaitu SUV berkeupayaan tinggi yang direka untuk memenuhi keperluan pemanduan harian serta menawarkan kebolehan merentas pelbagai permukaan jalan.

Model baharu ini menggabungkan enjin turbo berkuasa, sistem pacuan semua roda pintar, teknologi sambungan terkini serta ciri keselamatan komprehensif dalam reka bentuk kotak yang lasak dan menonjol.

Pengenalan Jetour T2 juga memberi pilihan baharu kepada pelanggan dalam segmen SUV berorientasikan pengembaraan yang semakin berkembang di Malaysia.

Enjin 2.0L Turbo Dengan Pacuan Semua Roda Pintar

Dari segi prestasi, Jetour T2 dikuasakan enjin 2.0 liter Turbocharged Direct Injection (TGDi) yang menghasilkan output kuasa 180kW dan 375Nm tork.

Kuasa disalurkan ke roda melalui transmisi 7-kelajuan Dual Clutch Transmission (7DCT), dipadankan dengan sistem Intelligent XWD milik Jetour.

Sistem ini turut hadir bersama mod pemanduan 7+X, yang menyesuaikan agihan tork secara automatik mengikut keadaan jalan dan permukaan pemanduan.

Hasilnya, cengkaman, kestabilan dan kawalan kenderaan dapat dipertingkat sama ada ketika memandu dalam bandar, di lebuh raya atau laluan tidak rata.

Jetour T2 juga menggunakan rim aloi bersaiz 19 inci dengan tayar 255/60 R19, menyerlahkan penampilan SUV yang gagah serta sesuai untuk aktiviti off-road.

Reka Bentuk Kotak Dengan Karakter Lasak

Dari segi luaran, Jetour T2 menampilkan reka bentuk kotak yang menonjol dan memberikan kehadiran jalan yang kukuh.

Antara elemen utama termasuk:

  • Lampu utama LED automatik
  • Lampu tandatangan “Jetour” bercahaya
  • Lampu belakang LED Light Ray
  • Tayar simpanan dipasang di belakang
  • Fungsi soft-close door

Model ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna:

  • Khaki White (putih)
  • Aviation Silver (kelabu)
  • Carbon Black (hitam)

Kabin Moden Dengan Skrin 15.6 Inci, Audio SONY

Masuk ke bahagian kabin, SUV ini dilengkapi paparan infotainmen 15.6 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto secara wayarless untuk integrasi telefon pintar yang lancar.

Jetour turut menyertakan pembantu suara pintar “Hello Jetour”, yang membolehkan pemandu mengawal navigasi, penghawa dingin dan fungsi media menggunakan arahan suara.

Antara kelengkapan teknologi lain termasuk:

  • Pengecas pantas wayarless 50W
  • Sistem audio premium SONY dengan 12-pembesar suara

Gabungan ini memberikan pengalaman hiburan lebih imersif sama ada untuk pemanduan harian atau perjalanan jarak jauh.

Keselesaan Premium Untuk Iklim Tropika

Dari segi keselesaan, Jetour T2 dilengkapi pelbagai ciri premium yang direka khusus untuk keselesaan pengguna di Malaysia.

Antara ciri utama termasuk:

  • Kerusi kemasan leatherette
  • Kerusi hadapan ada fungsi memori danwelcome function
  • Kerusi hadapan dilengkapi sistem ventilasi
  • Pencahayaan ambien pelbagai warna
  • Bumbung suria panoramik

Gabungan ciri ini menjadikan kabin terasa lebih luas dan selesa, sama ada untuk kegunaan bandar atau pengembaraan hujung minggu.

Keselamatan 5-Bintang ASEAN NCAP

Dari aspek keselamatan, Jetour T2 sudah memperoleh penarafan keselamatan 5-Bintang ASEAN NCAP.

SUV ini turut dilengkapi pelbagai sistem keselamatan dan bantuan pemandu seperti:

  • 6 beg udara SRS
  • Advanced Driving Assistance System (ADAS) Tahap 2
  • Panoramic View Monitoring System (360 darjah)
  • Transparent chassis view
  • Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)

Kesemua sistem ini membantu meningkatkan kesedaran pemandu, mengurangkan keletihan ketika memandu serta memberikan perlindungan menyeluruh kepada penumpang.

Harga dan Jaminan

Jetour T2 ditawarkan pada harga bermula RM156,800 (harga jualan bersih).

SUV ini turut didatangkan dengan:

  • Jaminan kenderaan: 7 tahun atau 150,000km (mana satu tiba dulu)
  • Jaminan enjin: 10 tahun atau 1,000,000km (mana satu tiba dulu)
  • Lima kali servis percuma

Tempahan kini dibuka dan model ini sudah mula tersedia di bilik pameran Jetour yang sah di seluruh negara.

Auto Terkini Jetour Malaysia jetour T2 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Audi RS 3 Competition Limited 2026
    Roda4

    Audi RS 3 Competition Limited 2026 – Model Edisi Terhad Rai 50 Tahun Enjin 5-Silinder

    13/03/2026
    Auto Terkini

    PLUS Jangka 2.3j Kenderaan Sehari, 34 Smart Lane Diaktifkan Sempena Aidilfitri

    13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Auto Terkini

    Bezza Catat Jualan Paling Tinggi Februari 2026, Tapi Saga Masih ‘King’

    By Syafie11/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.