CHEETAH ialah haiwan terpantas dunia tetapi populasi pemangsa ini juga pantas menyusut hingga 91 peratus dan dianggarkan hanya tinggal kurang 7,500 ekor di dunia.
Menyedari hakikat ancaman tersebut, Jetour menyertai inisiatif pemuliharaan global Cheetah menerusi Dana Konservasi Cheetah (CCF) yang diketuai Dr Laurie Marker.
Jetour membuat pengumuman rasmi mengenai kerjasama strategik bersama CCF pada 20 September 2024 sempena satu majlis di Afrika Selatan.
Antara inisiatif dilakukan Jetour adalah menyokong penjagaan tahunan dua Cheetah dan menyumbang kenderaan rasmi untuk kegunaan kerja memulihkan habitat Cheetah.
Jetour juga bekerjasama dengan Discovery Channel untuk penghasilan dokumentari pemuliharaan dan mempromosi inisiatif global ‘Protect the Cheetah’.
Sempena majlis makan malam sempena Persidangan Tahunan Perniagaan Antarabangsa Jetour (Jetour International Business Annual Conference) 2025 di China, pengeluar itu mempamerkan model Jetour T2 i-DM dalam dekal warna Cheetah.
Leave a Reply