Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Jenama X-Wedge Masuk Malaysia Tahun Depan, Bakal Cabar Harley-Davidson?
Roda2

Jenama X-Wedge Masuk Malaysia Tahun Depan, Bakal Cabar Harley-Davidson?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SATU lagi jenama motosikal China, X-Wedge bakal memasuki pasaran Malaysia dijangka tahun depan dan bernaung di bawah empayar MForce Bike Holdings (MForce Bike).

Ketibaan barisan motosikal X-Wedge itu dijangka memberi saingan sengit kepada Harley-Davidson selain menjadi alternatif baharu kepada mereka yang meminati cruiser mirip gaya model dari Amerika Syarikat itu pada harga mampu milik.

PanduLaju ketika menghadiri Pameran Dagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA) 2024 dan meninjau ruang pameran X-Wedge mendapati barisan motosikal yang dipamerkan di situ menjadi antara tumpuan utama pengunjung.

X-Wedge ialah jenama baharu bawah Huansong Industrial Group di Chongqing, China yang beroperasi sejak 1988. Jenama X-Wedge pula membuat debut pada 9 September tahun lalu.

Antara model ditayangkan menunjukkan X-Wedge memiliki produk untuk segmen trike bike, cruiser, cruiser berserta side car dan sport cruiser dwi-roda depan yang mengingatkan penulis kepada Can-Am Spyder.

Ada lima model X-Wedge iaitu Ranger RX2000, Voyager VS2000, Vanguard VT2000, Rover RL2000 dan Walker WR1000.

Pilihan trenkuasa digunakan pula jenis konfigurasi V-Twin antara kapasiti 976cc hingga menghampiri 2,000cc!

Apa menjadikan X-Wedge menarik ialah jenama motosikal itu ada kaitan dengan beberapa jenama besar dalam landskap automotif dua roda seperti rekabentuk daripada Kiska, iaitu syarikat sama yang membantu merekabentuk KTM, Husqvarna dan CFMoto serta kaitan enjin setaraf model lain di pasaran global.

China International Motorcycle Trade Exhibition (CIMA) 2024 CIMA Motor Chongqing 2024 Huansong Industrial Group MForce Bike Holdings (MForce Bike) Pameran Dagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA) 2024 roda2 X-Wedge X-Wedge Ranger RX2000 X-Wedge Rover RL2000 X-Wedge Vanguard VT2000 X-Wedge Voyager VS2000 X-Wedge Walker WR1000
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda2

Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

10/03/2026
Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.