Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jelajah Dynamic Journeys: PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 with Pro-Drive
Auto Terkini

Jelajah Dynamic Journeys: PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 with Pro-Drive

SyafieBy Syafie26/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

#Ekspediesel: Petronas Dynamic Journeys

PETRONAS terus memperkukuh reputasi sebagai peneraju bahan api berkualiti di Malaysia dengan memperkenalkan PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive, iaitu bahan api generasi baharu yang direka khusus untuk memenuhi keperluan sebenar pemanduan dan sektor komersial.

Bahan api itu menampilkan teknologi terkini yang menawarkan gabungan kecekapan, kuasa, dan kelancaran, serta mendefinisikan semula standard pemanduan diesel moden.

Diformulasi tiga teras utama iaitu Efisien, Bersih dan Lancar, PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive memberikan pemanduan dan pikap enjin lebih responsif, dengan penjimatan bahan api hingga 20 peratus, serta kurang gegaran dengan lebih daya pecutan hingga 5 peratus.

Malahcturut membersihkan bahagian enjin diesel untuk pemulihan kuasa hingga 99 peratus, sekali gus memanjangkan hayat enjin untuk kekal responsif dengan baik. Tidak hairan bahan api itu menjadi pilihan utama pengguna yang mahukan pengalaman pemanduan optimum dan tahan lama.

#Ekspediesel dari KLIA 1 ke Melaka

Bagi menguji ketahanan sebenar bahan api itu, PETRONAS menganjurkan ekspedisi media dinamakan Dynamic Journeys: PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 with Pro-Drive Expediesel Experience.

Konvoi #Ekspediesel itu melibatkan beberapa kenderaan pacuan empat roda (4×4) yang memulakan perjalanan dari Stesen Petronas KLIA 1 menuju Melaka Energy Park untuk lawatan eksklusif ke Malaysian Refining Company Sdn Bhd (MRCSB), iaitu sumber PETRONAS Dynamic Diesel dengan Pro-Drive dihasilkan di Melaka sebelum melalui laluan mencabar termasuk laluan off-road.

MRCSB: Fasiliti PETRONAS Hasil Pelbagai Produk Petroleum

#Ekspediesel: Petronas Dynamic Journeys

Dengan kapasiti pengeluaran mencecah 300,000 tong sehari, MRCSB menghasilkan pelbagai jenis produk petroleum seperti minyak asas (base oil), petrol, dan diesel yang diagihkan ke seluruh negara. Base oil yang dihasilkan menerima pensijilan halal, selaras keperluan pengguna Muslim negara ini.

Fasiliti itu meliputi kawasan seluas 701 padang bola dan turut menyumbang kepada 60 peratus bekalan minyak tempatan, manakala baki 40 peratus diimport bagi memastikan kesinambungan dan kualiti bekalan.

#Ekspediesel: Petronas Dynamic Journeys

Ekspedisi tersebut termasuk perkongsian pakar teknologi bahan api PETRONAS yang berkongsi bukan saja manfaat khas PETRONAS Dynamic Diesel, tetapi juga langkah-langkah diambil PETRONAS dalam formulasi dan kawalan kualiti semua produk bahan api.

Ini menunjukkan komitmen PETRONAS dalam memastikan kualiti diesel terbaik bagi memenuhi keperluan pengguna sama ada peminat 4×4 atau pemandu trak besar.

Selain menguji prestasi diesel dalam situasi ekstrem, peserta turut disajikan pengalaman budaya tempatan menerusi aktiviti makan durian yang menjadikan ekspedisi berkenaan bukan saja infomatif, tetapi penuh nilai tempatan unik.

#Ekspediesel: Petronas Dynamic Journeys
#Ekspediesel: Petronas Dynamic Journeys
#Ekspediesel: Petronas Dynamic Journeys
#Ekspediesel: Petronas Dynamic Journeys

Selari semangat bahan api itu, ekspedisi kali ini turut mengangkat slogan ‘Pikap, Cekap ke Destinasi’, sebagai simbolik kepada kuasa dan kecekapan sebenar PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive yang terbukti sepanjang perjalanan #Ekspediesel merentasi pelbagai rupa bumi mencabar.

PETRONAS Urania: Perlindungan Menyeluruh Enjin Diesel

#Ekspediesel: Petronas Dynamic Journeys

Selain bahan api cekap dan berkuasa, PETRONAS juga mempunyai minyak enjin diesel berkualiti tinggi melalui siri PETRONAS Urania. Penggunaan bersama PETRONAS Dynamic Diesel akan memberi prestasi paling cekap untuk enjin dan kenderaan anda.

Diformulasi dengan teknologi StrongTech, minyak enjin berkenaan direka untuk memberikan perlindungan maksimum terhadap kehausan, enapan, dan haba tinggi yang biasa dialami enjin diesel tugas berat.

Antara kelebihan adalah:

  • Mengurangkan haus dan lusuh pada komponen dalaman enjin.
  • Meningkatkan kecekapan bahan api melalui pengurangan geseran.
  • Memanjangkan tempoh servis, dan mengurangkan kos penyelenggaraan serta masa henti operasi.

Siri PETRONAS Dynamic Journeys

Bagi melihat kecekapan PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive, saksikan sendiri siri Dynamic Journeys yang mengupas kisah dinamik daripada pengembara 4×4, pemilik bisnes durian, hingga wira tempatan yang membangunkan komuniti dalam #Ekspediesel meredah laluan berlumpur, kawasan mencabar, hingga ke kebun durian.

Pikap Cekap ke Destinasi!

#Ekspediesel Auto Terkini Cafe Mesra kedai mesra Malaysian Refining Company Sdn Bhd (MRCSB) Mesra Rewards Petronas Petronas Dynamic Diesel Euro 5 with Pro-Drive Petronas SmartPay Petronas Urania
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.