• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jejantas LRT ke Mid Valley Kini Dibuka, Dah Boleh Beli-Belah Sampai Lebam!

Jejantas LRT ke Mid Valley Kini Dibuka, Dah Boleh Beli-Belah Sampai Lebam!

November 15, 2019 By AO Leave a Comment

219
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI orang Kuala Lumpur suka Mid Valley MegaMall dan The Gardens Mall kan? Sekarang ada berita baik untuk anda kerana RapidKL baru saja mengumumkan pembukaan jejantas LRT ke pusat beli-belah tersebut yang terkenal sebagai antara kawasan petak parkir paling susah hendak cari di Malaysia!

Jadi tidak perlu pening kepala lagi fikir pasal parkir!

Kini anda boleh menggunakan tren LRT Laluan Kelana Jaya ke Mid Valley apabila bermula semalam (14 November 2019), RapidKL membuka jejantas pejalan kaki yang menghubungkan Stesen LRT Abdullah Hukum yang berhubung dengan stesen KTM Komuter Abdullah Hukum dan The Gardens Mall.

rapidkl-logo
ktm-komuter-logo

Sekarang, warga kota sekitar Lembah Klang boleh menggunakan semua rangkaian rel RapidKL seperti LRT, Monorel dan BRT (Bandar Sunway), dan MRT, termasuk kawasan yang ada perkhidmatan bas perantara RapidKL untuk ke Mid Valley dan The Gardens Mall.

Jika anda pemilik pakej My100, pasti lebih jimat, lebih-lebih lagi untuk pengguna luar Lembah Klang dan luar Selangor seperti Seremban, Senawang, Sungai Gadut dan Rawang kerana anda kini boleh guna perkhidmatan KTM Komuter dan menuju ke stesen Abdullah Hukum.

BACA >>> 10 Sebab Kenapa Anda Perlu Cuba Naik MRT Laluan Sungai Buloh - Semantan

Jejantas sepanjang 70 meter itu disediakan untuk menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, dan dibuka bermula jam 6 pagi hingga 1 pagi setiap hari.

So, shopping sampai lebam?

219
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jejantas Mid Valley, LRT, LRT Abdullah Hukum, LRT Mid Valley, Mid Valley, Mid Valley MegaMall, Pusat Beli-Belah, The Gardens Mall

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my