Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jawapan Proton: Benarkah Pengedar Bumiputera Diabaikan?
Auto Terkini

Jawapan Proton: Benarkah Pengedar Bumiputera Diabaikan?

Han OthmanBy Han Othman13/02/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM artikel bertajuk ‘Pengedar Bumiputera Proton Tertekan’ yang disiarkan Utusan Malaysia pada 11 Februari lalu, Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) membangkitkan beberapa isu mengenai nasib vendor dan wakil jualan bumiputera berikutan tekanan dan pentadbiran yang agak keras di bawah pentadbiran Ketua Pegawai  Eksekutif (CEO) baharu Proton, Li Chunrong.

Proton terpanggil untuk menjawab segala isu dibangkitkan Pekema menerusi kenyataan media yang dihantar kepada wakil-wakil media. Sebelum membaca penjelasan Proton di bawah ini, adalah baik pembaca terlebih dahulu membaca temu bual Utusan dengan wakil Pekema (baca SINI) bagi mendapatkan pertimbangan yang adil dan rasional.

CABARAN PROTON

  • Proton berdepan cabaran getir sejak 2000 yang menyaksikan perkongsian pasaran dan jumlah jualan mula merosot hingga menjejaskan kewangan syarikat, sekali gus menyukarkan pemberian dana untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) supaya Proton kekal kompetitif dari segi produk dan teknologi.
  • Masalah kewangan secara tidak langsung turut menjejaskan kemampuan pembangunan rangkaian, staf dan pembuatan.
  • Dalam usaha menangani masalah kewangan, pelbagai pendekatan dibuat. Antaranya perkongsian platform dan membangunkan enjin dan transmisi sendiri bagi mengurangkan kebergantungan kepada komponen import. Ini sedikit sebanyak mengurangkan impak kemerosotan jualan dan perkongsian pasaran.
  • Satu lagi pendekatan difikirkan adalah mencari Rakan Strategik Asing (FSP) yang bukan saja mampu memulihkan masalah kewangan Proton, tetapi juga membantu mengembalikan semula asas aspirasi Proton yang mahu dikenali sebagai jenama automotif tempatan dan antarabangsa.
  • Zhejiang Geely Holding Group (Geely) dilihat sebagai FSP paling berpotensi berdasarkan capaian global, strategi perniagaan yang agresif dan pemilikan beberapa jenama automotif global seperti Volvo Cars. Ini membolehkan perkongsian teknologi dibuat, sekali gus membantu memulihkan masa depan Proton.

PROTON BERSAMA GEELY

  • Antara rancangan Proton sejak bersama Geely adalah menambah baik rangkaian pengedaran, memperkenal barisan model baharu dalam beberapa tahun akan datang, dan meningkatkan kepuasan pelanggan menerusi pengalaman jualan dan servis yang baik.
  • Penambahbaikan itu adalah seiring praktis biasa yang dilakukan jenama automotif lain di Malaysia, iaitu majoriti pengedar terdiri daripada pemilik premis 3S/4S.
  • Walaupun mempunyai jaringan pengedar seluruh negara, tetapi 70 peratus pengedar Proton adalah pemilik premis 1S yang cuma menjual kereta semata-mata tanpa menawarkan sebarang perkhidmatan selepas jualan.
  • Sistem 1S sudah jauh ketinggalan berbanding jenama popular lain. Ini mengehad kemampuan Proton untuk menawarkan pengalaman premium kepada pelanggan.
  • Tanpa premis 3S/4S, Indeks Kepuasan Jualan (SSI) dan Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) Proton merosot berbanding pesaing lain. Penambahan premis 3S/4S akan meningkatkan skor SSI dan CSI.
  • Premis baharu itu nanti akan bertambah seiring pelancaran barisan model baharu Proton dengan teknologi termaju, setanding pesaing automotif lain. Pendekatan tersebut akan membentuk kumpulan pelanggan baharu yang sebelum ini mungkin membandingkan Proton dengan produk pesaing lain.

JAWAPAN KEPADA ARTIKEL UTUSAN

  • Walaupun pengedar digesa supaya segera menaik taraf premis 1S kepada 3S/4S, had masa diberikan adalah dalam tempoh 2018-2020.
  • Sasaran 2018 adalah menambah jumlah premis 3S seluruh negara dan langkah ini dilakukan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan menerusi pengenalan model baharu tahun ini.
  • Buat masa ini Proton cuma ada 30 peratus premis 3S/4S seluruh negara.
  • Proton turut memperkenalkan skim khas untuk membantu pengedar menaik taraf premis baharu mereka.
  • Sebagai balasan, pengedar akan menikmati margin tambahan bagi setiap kereta yang dijual selama tiga tahun.
  • Sebelum ini, pengedar Proton cuma menikmati margin 4 peratus berasaskan jumlah bulanan 40 unit yang dipersetujui dengan Proton untuk layak mendapatkan insentif jualan.
  • Bagaimanapun, skim tersebut disemak semula selepas mengambil kira situasi semasa dihadapi pengedar. Proton akan terus memantau bagi memastikan pertumbuhan perniagaan dicapai.
  • Proton juga menyediakan skim insentif berperingkat dan pengedar berpeluang meraih pendapatan tambahan dengan mencapai sasaran jualan. Ini termasuk menyediakan sokongan insentif setempat untuk aktiviti turun padang.
  • Di Malaysia, sesebuah syarikat automotif memerlukan tunai sebelum penghantaran produk dibuat atau untuk diberikan kepada pengedar dengan terma kredit hingga 14 hari. Mengambil kira situasi kompetitif dihadapi pengedar, Proton melanjutkan tempoh itu kepada 60 hari, tertakluk terma dan syarat.
  • Inisiatif ditawarkan ini adalah antara usaha Proton untuk membantu pengedar menguruskan aliran tunai sebelum jualan dibuat. Jadi pengedar ada cukup masa untuk memindahkan stok sedia ada tanpa bimbang akaun disekat.
  • Sistem Bayaran Selepas Pendaftaran (PAR) pula sudah tidak dipraktikkan syarikat automotif lain di Malaysia. Jadi, Proton memutuskan menamatkan skim tersebut untuk melegakan situasi kewangan syarikat.
  • Buat masa ini Proton memperuntukkan sejumlah RM650 juta setahun kepada pengedar. Jika amalan PAR diteruskan, jumlah peruntukan akan bertambah dengan menyebabkan kesan negatif ke atas aliran tunai.
  • Mengenai promosi jualan kepada pelanggan flit korporat pula, pakej khas itu diluaskan bagi menarik perhatian pelanggan korporat, persatuan, pertubuhan dan institusi, tertakluk terma dan syarat.

BACA >>> Inilah Penjelasan Proton Mengenai Diskaun Istimewa untuk Persatuan Hokkien Malaysia

  • Bagaimanapun, pengedar digalakkan menumpukan kepada jualan runcit kerana jualan flit cuma membabitkan perkongsian pasaran yang kecil, iaitu kurang 5 peratus jualan kereta Proton sepanjang 2017.
  • Margin baharu dan skim insentif juga adalah usaha Proton untuk mengurangkan persaingan tidak sihat sesama pengedar. Operasi Proton sendiri berpandukan peraturan dan undang-undang negara seperti Akta Anti-Persaingan.
  • Semasa menandatangani perjanjian rakan strategik, Proton sudah siap mempunyai pelan perniagaan 10 tahun yang menumpukan kepada elemen penting membabitkan produk, operasi dan pertumbuhan jualan.

SUV BAHARU PROTON

pandu uji geely boyue
pandu uji geely boyue
  • SUV baharu Proton dijadualkan dilancarkan menjelang penghujung tahun ini yang akan menjadi penanda aras teknologi Proton.
  • Didatangkan sebagai model premium Proton, pengalaman servis dan jualan akan diurusakan dengan berhati-hati bagi mencapai kepuasan pelanggan.
  • Premis 3S/4S akan menguruskan jualan SUV secara eksklusif.
  • Premis 1S masih dibenarkan menjual SUV baharu itu menerusi premis 3S/4S yang dekat dengan lokasi.
  • Semua pengedar berpeluang menjual semua model baharu Proton selagi semua keperluan dipenuhi.
Auto Terkini kenyataan media Li Chunrong PEKEMA Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) Proton Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

20/03/2026
Auto Terkini

Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

20/03/2026
Auto Terkini

Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

19/03/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

19/03/2026

1 Comment

  1. Lyana on 13/02/2018 10:36

    Saya dah baca perihal rungutan & ketidakpuasan PEKEMA yang disiarkan dalam Utusan. Tanya la diri sendiri. Salah siapa sebenarnya? Mana hilangnya kegemilangan Proton suatu masa dulu? Bila dah ada nama.. ‘orang besar’ di dalam pentadbiran Proton juga yang menjatuhkan Proton. Korupsi pun satu hal…

    Proton naik kembali dengan model Saga FLX dengan CEO baru dan muda ketika itu sebagai penyelamat. Tetapi bila pembeli yakin, CEO itu berhenti (tidak pasti datuk muda yang berwibawa ini ditamatkan kotrak atau tidak sambung kontraknya). Dan timbul pula tokoh-tokoh yang tidak menampakkan kemajuan.

    Kalaulah Proton hilang dan diambil sepenuhnya… Jangan salahkan rakyat Malaysia. Saya pernah dan masih memiliki produk Proton hingga kini. Dah 18 tahun usia kereta itu. Saya kira.. kalau saya beli yang terbaru…adakah ia setahan kereta lama saya itu yang sudah berusia 18 tahun?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

By Shazwan Hisam17/03/2026
WMoto NX150S 2026
Roda2

Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

By Shazwan Hisam16/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.