Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Jawa 42 Bobber (2023) Perkenal Empat Warna Baharu! Harga Mula RM11.9k
Roda2

Jawa 42 Bobber (2023) Perkenal Empat Warna Baharu! Harga Mula RM11.9k

AryonBy Aryon16/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


JAWA mengemas kini 42 Bobber dengan skema warna baharu untuk pasaran negara India yang kini ditawarkan dalam empat warna pilihan.

Warna terbaharu itu dipanggil Black Mirror, yang juga varian paling mahal pada harga 225,000 rupee (RM12,660). Warna varian itu terdiri daripada kemasan krom pada separuh atas tangki (foto bawah kiri), dan selebihnya hitam.

Jawa 42 Bobber Black Mirror juga ditawarkan dengan rim sport aloi, dan bukan rim jejari seperti tiga warna pilihan lain.

Warna paling kurang mahal ialah Mystic Copper yang berharga 212,000 rupee (RM11,930), manakala Moonstone White dengan strip biru psda tengah tangki berharga 213,000 rupee (RM11,980). Satu lagi warna ialah Jasper Red, iaitu kombinasi merah dan putih yang dijual pada harga 215,000 rupee (RM12,095).

Rekabentuk kekal sama dengan lampu utama bulat, dan cermin sisi di hujung bar hendal untuk gaya retro. Silinder ekzos lurus  panjang di bawah juga kekal sama.

Bobber ini dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 343cc DOHC penyejukan cecair dengan suntukan bahan api elektronik (EFI) dan badan terotel, termasuk port ekzos besar untuk menambah baik prestasi yang memberikan output kuasa 29.5hp dan tork 32.7Nm, manakala transmisi manual 6-kelajuan.

Kapasiti tangki minyak 12.5 liter. Berat 185kg. Tinggi pelana 740mm. Suspensi fork teleskopik 35mm di depan dan monoshock boleh laras prabeban 7-tetapan di belakang.

Sistem brek cakera 280mm di depan dan 240mm (belakang) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran. Tayar 100/90-18 di depan dan 140/70-17 (belakang).

BACA >>> Bobber Keeway V302C (2022) Lancar untuk Pasaran China, Harga Mula RM21k
BACA >>> Hyosung Aquila GV300S Bobber Lancar di Sepanyol, Harga RM21k

Jawa Jawa 42 Bobber (2023) Jawa Motor Jawa Motorcycles roda2
Aryon

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
View 2 Comments

2 Comments

  1. Thevendran Muniandy on 09/04/2024 07:53

    dekat mana boleh beli motosikal jaa 42 bobber di Malaysia? siapakah dealers di Malaysia? minta bantuan

    Reply
  2. Praveen Balakrishnan on 18/03/2025 23:04

    Who is the authorised dealer to buy Jawa bike in Malaysia?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.