• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jambatan ECRL Tinggi 50 Meter Rentas Sungai Pahang Boleh Nampak Sangkar Patin

Jambatan ECRL Tinggi 50 Meter Rentas Sungai Pahang Boleh Nampak Sangkar Patin

November 11, 2021 By Shawkath Leave a Comment

519
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JAMBATAN 2.3km yang masih dibina merentasi Sungai Pahang bakal menjadi salah satu ciri unik di Seksyen Enam Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Jambatan itu bermula dari Paya Besar, Kuantan ke Lanchang di Temerloh, manakala Sungai Pahang ialah sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia. Projek pembinaan jambatan bermula sejak Mac lalu dan dijangka siap menjelang Disember 2023.

China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) dan Pegawai Perhubungan Awam Seksyen Enam ECRL, Satnam Singh berkata;

Sebaik saja siap, jambatan yang bermula dari Kampung Tengah dan berakhir di Kampung Tanjung Batu itu akan membolehkan pengguna melihat sangkar ikan patin, yang menjadi kebanggaan Temerloh.

“Jambatan itu berketinggian 50 meter kerana kawasan tersebut sering dilanda banjir, dan sejarah banjir sudah diambil kira dalam perancangan, termasuk terkini, iaitu banjir besar awal tahun ini.”

Seramai 95 pekerja bekerja daripada 8 pagi hingga 8 malam untuk menyiapkan sebanyak mungkin tugasan sebelum musim monsun bermula yang boleh menyebabkan kerja pembinaan tertangguh. Satnam berkata, jambatan itu terdiri daripada 538 asas cerucuk, 63 tiang dan dua penampan.

Pembinaan asas cerucuk menggunakan teknik menggali lubang secara penggerudian berputar dan menuang konkrit dalam air, menggunakan empat gerudi penggerudian berputar, tiga kren bergerak dan dua jengkaut.”

Setakat ini, 60 peratus kerja pembinaan asas cerucuk sudah dijalankan.

BACA >>> RMK12: Pertingkat Pengangkutan Awam, Sambung ECRL, Perkenal Mobiliti Rendah Karbon
BACA >>> #SembangDeras: Adakah Laluan Baharu ECRL Lebih Baik atau Tidak?
BACA >>> #SembangDeras: Sebuah Kisah Tentang Bagaimana Lebuh Raya Mampu Bangunkan Ekonomi

SUMBER: Awani

Artikel Berkaitan

519
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, ECRL, Ikan Patin, Jambatan ECRL, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Satnam Singh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my