• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jalan-Jalan Raya Bersama Haval - Dapatkan Hadiah Bernilai RM2,900 Sekarang!

Jalan-Jalan Raya Bersama Haval - Dapatkan Hadiah Bernilai RM2,900 Sekarang!

June 9, 2017 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

promosi raya HavalPENGEDAR eksklusif jenama Haval di Malaysia, GO Auto melancarkan tawaran istimewa Promosi Hari Raya Aidilfitri Haval - 'Jalan-Jalan Raya With Haval' yang bermula 29 Mei - 25 Jun 2017.

Pembeli yang menempah model terpilih Haval sepanjang tempoh berkenaan berpeluang menikmati ganjaran menarik seperti baucar membeli-belah AEON, baucar KFC, Touch N Go dan BHP Petrol, termasuk duit raya! Kesemuanya bernilai sehingga RM2,900!

Selain itu, orang ramai turut dijemput ke Hari Terbuka dengan mengunjungi mana-mana 25 bilik pameran Haval di seluruh negara bagi memandu uji kenderaan Haval dan nikmati pelbagai promosi hebat sedang dijalankan.

Pengarah Eksekutif Go Auto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamil, pihaknya ingin menjemput orang ramai ke bilik pameran Haval dan memandu uji serta merasai pengalaman sebenar kenderaan Haval.

“ Promosi yang dijalankan bukan sekadar mahu menggembirakan mereka mamandu pulang kenderaan baharu, tetapi kami tambahkan keriangan dengan pemberian baucar dan hadiah untuk dinikmati serta diraikan bersama keluarga tercinta semasa berjalan sepanjang bulan Syawal”.

" Pastikan anda tidak lepaskan peluang menikmati pelbagai promosi istimewa yang bernilai sehingga RM2,900 daripada Haval dan bawa pulang kereta baharu untuk diraikan bersama keluarga tercinta pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini," katanya lagi.

BACA >>> Haval M4 Beri Jaminan 7 Tahun & Servis Percuma - Biar Betul?

BACA >>> Haval H6 Coupe 2.0L Turbo & Haval H9 4x4 Masuk Malaysia Tahun Ini - Harga Bermula RM115,000

Haval Batam
Haval Batam

2 MODEL JADI TARUHAN

Go Auto ketika ini mempertaruhkan dua model SUV Haval di pasaran Malaysia, iaitu Haval H1 dan Haval H2.

Menarik tentang Haval H1, model ini ialah SUV pertama di Malaysia yang mendapat status kenderaan cekap tenaga (EEV) dan ditawarkan dengan waranti selama 7 tahun.

Dikuasakan enjin 1.5L E-ICE VVT dengan transmisi AMT 6-kelajuan, HAVAL H1 ditawarkan dalam tiga varian berbeza, iaitu Comfort (RM61,950), Premium (RM67,950) dan Elite (RM74,950).

Sementara itu, HAVAL H2 pula menampilkan enjin 1.5 liter VVT Pengecas Turbo berkuasa 147hp pada 5,600rpm dan tork 210Nm (4,500rpm) dengan pilihan transmisi manual (MT) 6-kelajuan dan automatik (AT) 6-kelajuan.

Juga ditawarkan dalam tiga varian, iaitu Standard MT (RM89,950), Comfort AT (RM98,950) dan Premium AT (RM101,950).

BACA >>> Komited Tawan Hati Pembeli Malaysia, HAVAL M4 Kini Dikenali HAVAL H1

Haval H2 didatangkan dengan waranti 5 tahun atau 150,000km (mana-mana tiba dahulu). Tidak cukup sekadar itu, Go Auto turut memperkenalkan ‘Buy Back Guarantee’ bagi model H2 dengan memberi jaminan 50 peratus nilai kenderaan dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Ini bermakna Haval akan membeli semula pada harga 50 peratus daripada harga jualan sekiranya pemilik menjual kenderaan dalam tempoh 5 tahun.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamil, Go Auto, HAVAL H1, Haval H2, Haval Malaysia, Jalan-Jalan Raya With Haval, promosi raya haval

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev