Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jaecoo Jadi Pencabar Baharu dalam Pasaran SUV Premium Tempatan
Auto Terkini

Jaecoo Jadi Pencabar Baharu dalam Pasaran SUV Premium Tempatan

SyafieBy Syafie14/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JAECOO mencatat pencapaian cemerlang tahun lalu dengan mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama baharu dalam pasaran kenderaan utiltiti sukan (SUV) premium di Malaysia.

Syarikat ini berjaya mendaftarkan 7,041 unit SUV Jaecoo J7 dalam tempoh lima bulan pertama, hasil pelaburan dalam rangkaian pengedar, gudang alat ganti, dan kemudahan pengeluaran.

Meneruskan kejayaan model J7 dan C9, Jaecoo Malaysia merancang untuk melancarkan lebih banyak model pada 2025, dimulakan dengan Jaecoo J7 PHEV pada Februari nanti.

Syarikat ini juga akan mengadakan acara pemanduan jarak jauh yang melibatkan tiga negara iaitu Singapura, Malaysia, dan Thailand dengan satu tangki minyak dan sekali cas.

Sebagai penghargaan kepada pencapaian pengedar, Jaecoo mengiktiraf 12 pengedar cemerlang dalam majlis anugerah pertamanya.

Naib Presiden Jaecoo Malaysia, Emily Lek berkata penghargaan ini penting untuk menghargai peranan pengedar dalam kejayaan jenama ini. Jaecoo juga berhasrat untuk memperluas rangkaian pengedar bagi menawarkan pengalaman terbaik kepada pelanggan.

Penerima anugerah terdiri daripada pengedar di Lembah Klang, serta wilayah utara dan selatan, dengan pengedar di selatan mencatatkan jualan paling tinggi. Bagi meningkatkan lagi pencapaian, Jaecoo akan mengambil kira skor Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) dan Indeks Kepuasan Jualan (SSI) dalam penilaian pada tahun depan.

Pengarah Urusan Auto Galaksi Sdn Bhd, Datuk Desmond Tien menyatakan pencapaian ini mencerminkan sokongan kuat pelanggan dan rakan niaga.

Selain itu, beberapa pengedar lain turut diiktiraf dalam majlis tersebut, termasuk Gagner Auto Sdn Bhd, ES Premium Holdings Sdn Bhd, dan lain lain lagi.

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini Jaecoo C9 JAECOO J7 PHEV JAECOO Malaysia Kenderaan Utilisi Sukan (SUV) SUV premium
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.