Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Italdesign Bakal Milik UST dari AS!
Auto Terkini

Italdesign Bakal Milik UST dari AS!

Abang HirataBy Abang Hirata16/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ibu pejabat Italdesign di Moncalieri, Turin, Itali

Audi Group memeterai kerjasama strategik dengan syarikat pakar teknologi, rekabentuk dan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) global dari Amerika Syarikat (AS), UST untuk memperoleh pegangan majoriti dalam Italdesign.

UST, yang beribu pejabat di Aliso Viejo, California, AS sudah bekerjasama rapat dengan pengeluar automotif terkemuka dan OEM utama sejak 1999.

Italdesign pula ialah pemain global dalam rekabentuk, kejuruteraan dan pengeluaran automotif dengan pengalaman lebih 57 tahun dan beribu pejabat di Turin, Itali.

Ibu pejabat Italdesign di Moncalieri, Turin, Itali

Firma induk semasa Italdesign, Lamborghini, yang juga sebahagian Audi Group, akan mengekalkan pegangan signifikan. Langkah itu  akan memastikan Audi kekal sebagai rakan strategik jangka panjang Italdesign dan pelanggan penting firma tersebut.

Italdesign sudah menjadi sebahagian subsidiari Volkswagen Group sejak 2010.

Sumbangan Italdesign dalam Automotif Malaysia

Proton Preve 1.6 Turbo

Italdesign dikenali secara global atas kepakaran dalam rekabentuk dan kejuruteraan. Di Malaysia, Italdesign pernah terlibat dalam pembangunan Proton Prevé (foto atas kiri) melalui khidmat rekabentuk.

Selain itu, Italdesign juga pernah membangunkan model konsep Proton EMAS (Eco Mobility Advance Solution), sebelum Proton memperkenalkan Iriz.

Proton Iriz

Model konsep Proton Emas itu mewakili wawasan awal Proton untuk beralih ke teknologi eko apabila dikuasakan teknologi ekstender jarak (range extender).

Wawasan Proton tersebut = menjadi kenyataan melalui siri kenderaan elektrik (EV) e.MAS yang kini berada di pasaran.

Kombinasi Kepakaran untuk Mobiliti Digital

Logo Italdesign

Pengambilalihan majoriti Italdesign itu mewujudkan perkongsian kukuh kerana menggabungkan kepakaran UST dalam bidang seperti:

  • Kejuruteraan automotif
  • Kecerdasan buatan (AI)
  • Pembangunan kenderaan yang ditentukan perisian (software-defined vehicle)
  • Rekabentuk ekosistem digital

Kepakaran tersebut digandingkan dengan pengetahuan mendalam Italdesign dalam:

  • Rekabentuk kenderaan dan produk
  • Kejuruteraan
  • Prototaip
  • Pengeluaran siri kecil (small series production)
  • Elektronik automotif

Dengan gabungan keupayaan itu, kedua-dua syarikat akan menawarkan rangkaian perkhidmatan bersepadu yang komprehensif. bermula konsep awal dan rekabentuk, kepada pembangunan perkakasan dan perisian, hingga kepada sistem pengeluaran.

Peluasan Global

Nissan GTR 50

UST dan Italdesign bercadang meluaskan pendekatan bersepadu itu ke peringkat global yang membolehkan Italdesign mengembangkan kehadiran antarabangsa merentasi jejak global UST di lebih 30 negara, yang mana UST mempunyai lebih 30,000 pekerja.

Sebagai pemilik majoriti, UST akan mengambil alih pengurusan, tetapi kekal menghormati budaya Itali dan warisan rekabentuk Italdesign.

Audi pula kekal sebagai rakan kongsi jangka panjang Italdesign yang penting bagi memastikan kesinambungan dan kerjasama berterusan dalam bidang yang sudah membentuk reputasi Italdesign selama lebih lima dekad.
Audi Group Italdesign Proton EMAS Proton Preve UST Volkswagen Group
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.