Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Isuzu D-Max Standard 1.9L Double Cab (2023) Kini Ada Kamera Undur, Harga RM105k!
Roda4

Isuzu D-Max Standard 1.9L Double Cab (2023) Kini Ada Kamera Undur, Harga RM105k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMUA varian trak pikap Isuzu D-Max jenis dwi-kabin (double cab) di Malaysia kini didatangkan bersama kamera undur sebagai ciri standard. Tawaran itu dibuat Isuzu Malaysia selepas mendengar maklum balas daripada pelanggan.

Ini bermaksud Isuzu Malaysia menjadi pengeluar pertama trak pikap di Malaysia menawarkan ciri kamera undur sebagai komponen standard untuk semua barisan trak pikap jenis double cab.

LEBIH SELAMAT KETIKA UNDUR

Ciri terbaharu itu membolehkan pembeli Isuzu D-Max standard 1.9L lebih yakin dan selamat mengundur ketika hendak memunggah atau memuat naik muatan barangan besar.

Ciri kamera undur sudah ditawarkan sebagai komponen standard untuk varian X-Terrain dan Premium.

Kamera undur itu dipasang sebelah hendal pintu belakang yang memberikan imej jelas  pada skrin infotainmen 7 inci baharu pada varian D-Max Standard 1.9L.

LEBIH BANYAK CIRI MENARIK

Selain itu, pemilik Isuzu D-Max Standard double cab juga menikmati akses konektiviti Bluetooth untuk memainkan muzik daripada telefon pintar. Tambahan lain diberikan ialah dua port USB jenis Type- A dan Type-C di konsol depan.

Luaran model Standard itu kini menerima warna badan sama pada hendal pintu yang sebelum ini dalam warna perak.

Isuzu D-Max Standard 1.9L versi naik taraf itu kini ditawarkan dalam pilihan transmisi manual atau automatik 6-kelajuan dengan kenaikan harga RM1,500, berbanding varian terdahulu.

Harga atas jalan tanpa insurans RM105,599.20 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Maklumat lanjut boleh layari laman web Isuzu Malaysia.

BACA >>> 5 yang Terpaling Padu Tentang The New Isuzu D-Max 3.0L 4×4 AT X-Terrain!
BACA >>> Isuzu D-Max (2023) Versi Dipertingkat Dilancarkan, Harga RM95k-RM151k

Isuzu D-Max (2023) Isuzu Malaysia kamera undur Roda4 Trak pikap
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Nissan Kicks e-POWER Terima Facelift di Thailand

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: NIO Firefly Dilancar di Thailand, EV Hatchback Kompak dengan Sistem Tukar Bateri

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.