Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Trak dan Lori»Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 Basecamp 2025, Trak Pikap Ekstrem untuk Kembara
Trak dan Lori

Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 Basecamp 2025, Trak Pikap Ekstrem untuk Kembara

Abang HirataBy Abang Hirata30/04/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PADA 2022, Isuzu memperkenalkan D-Max Arctic Trucks AT35 Basecamp, iaitu trak pikap yang direka khas untuk ekspedisi dan pengembaraan ekstrem.

Model itu hasil kerjasama dengan Arctic Trucks yang menampilkan ubah suai ke atas D-Max AT35 dengan keupayaan off-road luar biasa dan dilengkapi pelbagai aksesori perkhemahan. Basecamp kini kembali dengan pelbagai kelengkapan untuk pengembara dunia.

Tidak seperti D-Max Thailand dengan enjin 2.2L diesel turbo baharu, RZ4F Ddi MaxForce, D-Max UK kekal menggunakan enjin 1.9L diesel turbo dengan output kuasa 164ps dan tork 360Nm.

Sebagai trak pikap yang mendapat sentuhan Arctic Trucks, D-Max ini menyerlah denngan tayar set off-road 35 inci dan braket gerbang roda lebar, manakala aksesori kembara pula dibekalkan ARB dan Lazer.

1. Prestasi dan Keupayaan Off-Road

  • Enjin 1.9L Diesel Turbo, 4-silinder
  • Output kuasa 164ps @ 3,600rpm, dan tork 360Nm @ 2,000-2,500rpm
  • Transmisi manual 6-kelajuan, | automatik 6-kelajuan
  • Kelajuan maksimum 180kmj
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 12.7 saat untuk manual | 13.0 saat (automatik)
  • Tayar off-road 35-inci LT315/70 MT Nokian Rotiiva AT
  • Sistem suspensi Bilstein Arctic Trucks (dinaik taraf)
  • Jarak ke tanah (depan) 266mm
  • Jarak ke tanah (belakang) 290mm
  • Sudut lepas depan: (approach angle) 44°
  • Sudut lepas belakang (departure angle) 29°
  • Sudut lepas tengah (breakover angle) 34°
  • Sudut tanjakan (ramp angle) 22°
  • Keupayaan tunda 3,500kg
  • Keupayaan muatan 1,000kg

2. Aksesori dan Kelengkapan Perkhemahan

Aksesori ARB
  • ARB Ascent Canopy – Ruang simpanan tambahan dengan perlindungan cuaca
  • ARB Esperance Rooftop Tent – Khemah atas bumbung untuk pengalaman tidur yang selesa
  • ARB Outback Drawers Set dengan Dapur Gelongsor – Ruang penyimpanan kemas dengan dapur mudah alih
  • ARB Zero Single-Zone Coolbox/Fridge – Menyimpan makanan dan minuman pada suhu optimum
  • ARB Base Rack dengan Wind Deflector & Trade Rails – Penyimpanan gear yang selamat
  • ARB Ensuite Tent dengan Pancuran ONTAP 12V – Kemudahan mandi mudah alih
Lampu Premium daripada Lazer
  • Lazer Linear-36 Elite Rooftop Lightbar – Pencahayaan lebih terang untuk laluan gelap
  • Lazer Linear-6 Elite Grille-mounted Lightbars – Meningkatkan penglihatan malam

3. Luaran dan Dalaman

Luaran
  • Gril Depan Matt Black
  • Pelindung Bonet & Visor Angin
  • Bar Sisi 5-inci dengan Pemijak
Dalaman
  • Balutan Kulit Premium dengan Logo AT35
  • Sistem Infotainmen 7-inci – Sokongan Apple CarPlay & Android Auto
  • Kerusi Kulit dengan Sulaman Arctic Trucks
  • Kerusi Pemandu Laras 8-hala (Elektrik) dengan Sokongan Lumbar
  • Kerusi Hadapan dengan Pemanas
  • Kerusi Belakang Rata & 60/40 Lipatan dengan Ruang Simpanan
  • Alas kaki dengan Logo Arctic Trucks

4. Sistem Bantuan Pemandu Termaju

  • Kawalan Jelajah (Cruise Control)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control) (Auto sahaja)
  • Amaran Perlanggaran Hadapan (Forward Collision Warning)
  • Brek Kecemasan Autonomi (Autonomous Emergency Braking)
  • Pengecaman Tanda Trafik (Traffic Sign Recognition)
  • Pengehad Kelajuan Pintar (Intelligent Speed Limiter)
  • Sistem Amaran & Pencegahan Lorong (Lane Departure Warning & Prevention System)
  • Pembantu Kekal Lorong (Lane Keep Assist) (Auto sahaja)
  • Pengurangan Kesalahan Tekan Pedal AT (AT Pedal Misapplication Mitigation) (Auto sahaja)
  • Pemantauan Titik Buta (Blind Spot Monitor)
  • Kekal Lorong Kecemasan (Emergency Lane Keeping)
  • Amaran Trafik Lintasan Belakang (Rear Cross Traffic Alert)

Basecamp 2025 boleh didapati di pengedar Isuzu terpilih yang menawarkan model D-Max Arctic Trucks. Pelanggan boleh memilih untuk menyesuaikan kenderaan mereka dengan aksesori Basecamp secara individu melalui rangkaian pengedar rasmi Isuzu UK.

Dengan keupayaan off-road luar biasa, enjin yang tahan lasak dan aksesori perkhemahan premium, Basecamp menjadi pilihan utama untuk mereka yang mahukan kebebasan dan keselesaan di alam luar.

Berkenaan harga, pakej lengkap tidak  dinyatakan kecuali sebuah D-Max Arctic Trucks berharga dari 52, 495 pound (RM303,364).

Arctic Trucks Isuzu Isuzu D-Max Isuzu D-Max Arctic Trucks Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 Basecamp Trak Trak pikap
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Kenderaan komersil di Malaysia
Auto Terkini

MAA: Jualan Kenderaan Komersial 2025 Susut 11.4 Peratus, Semua Subsegmen Turun

21/01/2026
Nissan Frontier Pro PHEV
Roda4

Nissan Frontier Pro, Frontier Pro PHEV 2026 Rasmi Lancar di China, Harga Mula RM99.2k

02/12/2025
BYD Shark 6
Roda4

BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!

18/11/2025
Auto Terkini

Isuzu D-Max Dengan Pakej Huntsman, Kanopi Aeroklas, Laci Simpan Senapang, Warna Tundra Green MICA

28/10/2025
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.