BARU sahaja memperkenalkan D-Max Arctic Trucks AT35 Basecamp pada Mac lalu, Isuzu United Kingdom (UK) kembali dengan versi terbaru D-Max Arctic Trucks AT35.
D-Max Arctic Trucks sudah menjadi tradisi dan menarik jika dapat dibawa ke luar pasaran UK.
Seperti biasa, model ini dibangunkan bersama pakar modifikasi kenderaan ekstrem, Arctic Trucks, untuk pemandu yang perlukan keupayaan off-road sebenar tanpa menjejaskan praktikaliti sebagai kenderaan kerja harian.
Dibina berdasarkan platform D-Max yang diperkenalkan di UK pada awal tahun ini, AT35 bukan sekadar gaya agresif tetapi dilengkapi teknologi, suspensi dan ciri-ciri keselamatan yang menjadikannya antara trak pikap paling versatil pernah ditawarkan di pasaran UK.
Satu lagi, meskipun baharu, D-Max ini masih menggunakan enjin RZ4E 1.9L turbodiesel berbanding enjin baharu 2.2 liter seperti di Thailand.
- Kerjasama eksklusif dengan Arctic Trucks, syarikat tersohor dalam binaan kenderaan ekspedisi ekstrem selama lebih 30 tahun.
- Masih diklasifikasikan sebagai kenderaan komersial penuh, membolehkan ia membawa muatan lebih 1 tan dan tunda sehingga 3.5 tan.
- Guna enjin 1.9 liter turbo diesel dengan output 164 ps, tork 360Nm, dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan.
- Ciri standard Mod Medan Kasar (Rough Terrain Mode) yang meningkatkan cengkaman atas permukaan sukar seperti salji, lumpur dan rumput basah.
- Sistem pacuan empat roda (4WD) shift-on-the-fly dan kunci diferensial belakang memaksimumkan kawalan dalam semua keadaan.
- Suspensi Bilstein Arctic Trucks khas, direka untuk kekuatan dan keselesaan dalam semua keadaan jalan.
- Sudut kelegaan ekstrem: 35° (pelepasan depan), 34° (pertengahan), 22° (belakang) – sesuai untuk off-road sejati.
- Tayar BF Goodrich All-Terrain 35 inci, dengan fender flare lebih lebar, pemijak sisi berserta getah pelindung dan rel bumbung kukuh.
- Kabin Double Cab yang selesa dengan tempat duduk kulit, pemanas, kawalan suhu dwi zon dan infotainmen 9 inci (sokong Apple CarPlay & Android Auto tanpa wayar).
- Paparan maklumat pemandu 7 inci dan sistem bunyi premium 8 pembesar suara disediakan sebagai standard.
- Dilengkapi sistem bantuan keselamatan penuh (ADAS) termasuk:
- Kawalan Adaptif Pintar
- Bantuan Kekal Lorong
- Brek Lintas Belakang
- Pengecaman Tanda Jalan
- Bantuan Belok dan Perhatian Pemandu
- 8 beg udara dan sistem E-Call
- Layak membuat tuntutan semula VAT kerana masih memenuhi syarat kenderaan komersial walaupun dibina semula sepenuhnya.
- Varian: Double Cab Automatik
- Harga (CVOTR, tanpa VAT): £57,005 (RM329,078)
- Pilihan warna: Splash White (Solid), Mercury Silver (Metallic), Obsidian Grey (MICA), Onyx Black (MICA), Spinel Red (MICA), Biarritz Blue (Metallic), Sienna Orange (MICA), Dolomite White (Pearl)
Ciri utama standard
- Emblem AT35
- Tayar semua permukaan (A/T) bersaiz 35”
- Skrin infotainmen 9”
- Tempat duduk kulit dengan fungsi pemanas
- Sistem audio premium 8 speaker
- Paparan informasi pemandu bersaiz 7”
- Lampu utama Bi-LED
- Sensor parkir depan dan belakang
- Rel bumbung
- Pemijak sisi lebar
- Mod Medan Kasar (Rough Terrain Mode)
- Kunci diferensial belakang
- Suspensi Bilstein khas Arctic Trucks
Spesifkasi penuh
Enjin & Prestasi
- Enjin: RZ4E 1.9L turbodiesel, 4-silinder sebaris (untuk kedua-dua varian Manual & Auto)
- Kuasa maksimum: 164 PS @ 3,600 rpm
- Tork maksimum: 360 Nm @ 2,000 – 2,500 rpm
- Kelajuan maksimum: 180 km/j
- Pecutan 0-100 km/j:
- Manual: 12.7 saat
- Auto: 13.0 saat
- Kapasiti tangki bahan api: 76 liter
Ukuran Dimensi
- Ukuran (PxLxT): 5,265 mm x 2,040 mm x 1,875 mm
- Jarak roda (wheelbase): 3,125 mm
- Jarak trek depan & belakang: 1,696 mm
- Kelegaan tanah (ground clearance):
- Hadapan: 266 mm
- Belakang: 290 mm
Sudut Off-Road
- Sudut pelepasan depan (approach): 35°, 44°
- Sudut pelepasan belakang (departure): 29°
- Sudut pelepasan tengah/breakover: 34°
- Sudut tanjakan: 22°
Ruang Kargo (Load Bed)
- Panjang: 1,495 mm, Lebar: 1,530 mm, Dalam: 490 mm
Berat & Kapasiti
- Berat kosong: Manual: 2,175 kg, Auto: 2,205 kg
- Berat kasar kenderaan (GVW): 3,250 kg
- Kapasiti muatan: Lebih 1 tan
- Kapasiti menunda:
- Dengan brek: 3,500 kg
- Tanpa brek: 750 kg
Roda & Tayar
- Saiz tayar: 315/70 R17
- Saiz rim: 17 x 10 inci (Arctic Trucks, gaya khas
Leave a Reply