• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Isteri Bakar Motosikal Suami Sebab Geram Masih Ketagih Syabu

Isteri Bakar Motosikal Suami Sebab Geram Masih Ketagih Syabu

August 21, 2018 By Aryon Leave a Comment

207
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG wanita di Thornville di negeri Ohio, Amerika Syarikat (AS) bertindak membakar motosikal suaminya kerana berang selepas mendapati pasangannya itu masih menagih methamphetamine, atau nama popularnya, syabu, iaitu sejenis dadah perangsang yang mampu menyebabkan ketagihan kronik.

Jabatan Bomba Millersport dan penolong syerif Fairfield County mendapat panggilan kecemasan daripada seorang wanita pada tengah malam Ahad lalu.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.

Menurut penolong syerif, seorang wanita berusia 37 tahun dan suaminya, 54, bertengkar sepanjang hari dan entah bagaimana si lelaki mengakui masih menagih syabu sebelum bergegas meninggalkan isterinya terpinga-pinga.

Disebabkan kecewa mencecah tahap maksimum, si isteri langsung memutuskan membakar motosikal milik suaminya itu.

BACA >>> Pencemaran Udara Makin Buruk, Hanoi Bakal Haramkan Motosikal Menjelang 2030

Ketika api marak membakar, wanita itu cuba memadamkannya, tetapi gagal sebelum membuat panggilan kecemasan 911. Tidak lama kemudian barulah pasukan bomba tiba untuk menghapuskan motosikal berapi tersebut. Pihak polis syerif pula menahan wanita berkenaan untuk disoal siasat kerana bertindak seperti orang kurang siuman.

Tidak diketahui motosikal jenis apakah yang dibakar wanita berkenaan? Adakah itu R15 yang masih berbau kedai? Kenapa mesti menagih syabu sedangkan ada alternatif lain seperti ketum yang jika diminum dalam dos dibenarkan, ia terbukti memberikan khasiat.

Apapun, jauhilah dadah berbahaya dan apa saja bahan terlarang. Ingatlah keluarga tersayang.

* Berita adalah betul, tetapi gambar sekadar hiasan. Harap maklum.

SUMBER: LancasterEagleGazette

207
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amerika Syarikat, Auto Terkini, Bakar Motor, Dadah, methamphetamine, roda2, Syabu, Thornville

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my