Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah Sebab Kenapa Lelaki Ini Beri Tip Kepada Setiap Pemandu Uber Yang Ditumpanginya
Auto Terkini

Inilah Sebab Kenapa Lelaki Ini Beri Tip Kepada Setiap Pemandu Uber Yang Ditumpanginya

Abang GYLBy Abang GYL14/09/2016
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

kenapa-guna-uber-bg

TIDAK dinafikan kewujudan perkhidmatan rangkaian pengangkutan online, Uber dan GrabCar sememangnya disambut baik oleh kebanyakan pengguna kerana menawarkan caj tambang lebih murah berbanding teksi, termasuk kondisi kereta yang memuaskan.

Salah seorang pengguna Uber, Khairul Ezuwan atau Key sempat berkongsi pengalaman beliau beberapa kali menggunakan perkhidmatan rangkaian pengakutan online tersebut. Apa yang menarik dikongsi Khairul Ezuwan dalam Facebook miliknya ialah jumlah tambang yang perlu dibayar hingga membuatkan dia tidak sampai hati membayar caj semurah itu. Lalu, dia memutuskan memberikan tip kepada setiap pemandu Uber yang diambilnya.

Jom kita baca perkongsian Khairul Ezuwan:


Hari ini saya nak kongsi sedikit mengenai perkhidmatan Uber. Minggu lepas saya ke Kota Kinabalu, Sabah atas urusan kerja sambil bawa anak dan isteri berjalan.

Sepanjang tiga hari di sana, saya menggunakan perkhidmatan Uber. Kenapa saya suka gunakan Uber? Ini sebabnya;

1. Sepanjang request Uber, paling lambat mereka sampai ke lokasi mengambil saya adalah tiga minit.

2. Bayaran mereka di masukkan terus ke dalam email serta-merta.

3. Perkhidmatan mereka murah sampai saya sendiri tak sampai hati bayar nilai tersebut. Semuanya saya beri wang kertas merah tanpa minta pulangan baki. Kenapa?

uber4. Saya sangat berpuas hati dengan keadaan kereta, keramahan, cara bawa kereta sangat berhemah dan mereka tidak pernah katakan tidak untuk hantar kita ke mana sahaja walaupon terpaksa menempuhi jalan yang sesak. Bila mengambil kita, mereka nampak bersungguh-sungguh memberikan perkhidmatan. Semuanya saya berikan 5 bintang.

5. Waktu pulang ke Semenanjung, jadual kapal terbang telah lewat hampir lima jam atas sebab yang saya rasa langsung tidak munasabah, sedangkan sudah masuk boarding. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) buat audit mengejut pada kapal tersebut.

Tapi tak apa, mungkin ada hikmahnya. Disebabkan itu saya sampai lewat ke KLIA. Selesai ambil bagasi sudah 6 petang. Satu saja saya fikirkan, siapa yang sanggup hantar ke Puncak Alam memandangkan masa itu adalah waktu puncak. Saya cuba buka aplikasi Uber dan tak sampai 1 minit dah sampai.

Tanpa banyak bunyi dia terus bawa sehingga tiba di Puncak Alam. Tambang dari KLIA ke Puncak Alam cuma RM87.20, tetapi saya berikan dia RM120 walaupon tidak meminta. Akhirnya dia menerima dengan gembira. Kenapa saya beri lebih? Sebab saya tahu dia takkan ada penumpang dari Puncak Alam balik ke KLIA semula. Tambahan rumah dia di Puchong.

Pemandu terbabit adalah lelaki cina berumur 38 tahun dan berkerja sebagai kontraktor renovasi rumah. Memandu Uber adalah perkerjaan part time untuk menampung kos hidup apabila tiada job. Orang berbudi mesti kita berbahasa. Satu hari mungkin masa kita.

*Ini gambar salah seorang pemandu Uber waktu saya di Kota Kinabalu.khairul-ezuwan-uber

Khairul Ezuwan perkhidmatan rangkaian pengangkutan online perkhidmatan Uber sembang deras tambang Uber Uber
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Tambah 46,000 Tiket ETS, EMUPlus Sempena Tahun Baru Cina

13/02/2026
Auto Terkini

LEKAS Aktif ‘Smart Lane’ Mula Hari Ini, Tangani Kesesakan Waktu Puncak

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.