Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah McLaren Paling Murah di Pasaran, RM344 Sahaja!
Auto Terkini

Inilah McLaren Paling Murah di Pasaran, RM344 Sahaja!

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KATA orang, sebelum berjaya kenalah pasang dulu impian dan angan-angan. Atau jika belum berjaya, boleh juga beri pendedahan awal kepada anak-anak supaya suatu masa nanti mereka dapat menggapai impian kita (yang tidak tercapai itu). 😛

Contohnya, mengimpikan memiliki kereta McLaren P1. Apakah permainan yang akan dibelikan buat anak-anak anda? Bugatti? Ferrari? Lamborghini? Pelik pulakan?

Bagi memenuhi pasaran itu, McLaren Automotive bekerjasama dengan syarikat pembuat mainan dari Amerika Syarikat (AS), The Step2 Company bagi menghasilkan model khas untuk pelanggan cilik. Maka, terhasillah kereta sport ‘tolak’ McLaren 570S Push Sports Car yang boleh dimuatkan ke dalam McLaren ibu bapa mereka untuk dibawa pergi bersiar-siar ke taman.

Stroler atau kereta sorong budak bolehlah disimpan saja di rumah kerana kereta sport kenit itu boleh bergerak lebih mudah, dan anggun menawan pula. 570S Push Sports Car juga praktikal buat pengguna. Di bawah kerusi disediakan ruang simpanan untuk mengisi snek atau lampin pakai buang, bekas minuman turut tersedia untuk menyimpan botol susu dan air mineral.

DUA PERINTIS BERGABUNG

Step2 bukan calang-calang pengeluar permainan. Jika McLaren Automotive ialah pelopor teknologi gentian karbon sebagai material untuk model-model syarikat itu sejak 1981, Step2 pula dikenali sebagai perintis kereta tolak (push car), di mana pengetahuan dan kepakaran tersebut sangat penting dalam projek usahasama itu.

Justeru, pembuatan 570S Push Sports Car terhasil daripada garapan idea pereka-pereka McLaren Automotive dan Step2.

Menariknya, kereta tolak itu dilengkapi stereng ‘flat based’, termasuk bunyi elektronik yang direka khas supaya si pemandu kanak-kanak terhibur dengan deruman enjin dilepaskan. Kereta tolak itu juga kemungkinan besar layak diiktiraf sebagai kereta dengan tayar paling nipis di dunia.

JUALAN AWAL SECARA ATAS TALIAN

570S Push Sports Car bakal dipasarkan dengan warna awal, iaitu Ventura Orange (jingga) sebelum warna lain menyusul.

Kereta ini tiada di mana-mana pusat beli-belah atau kedai aksesori kereta, tetapi boleh dibeli secara eksklusif menerusi Amazon.com AS bermula bulan hadapan sebelum dibuka jualan di premis-premis fizikal serata dunia, termasuk laman web Step2.com.

Harga pula jangan bimbang, tidak sampai pun berjuta-juta ringgit. Ribuan ringgit pun bukan. Jika berminat, anda boleh mendapatkannya pada harga AS$79.99 (RM344) sahaja. Lebih penting, kereta mainan itu tidak memerlukan anda membeli insurans kenderaan, lesen dan cukai jalan!

GALERI

 

McLaren McLaren 570S Push Sports Car Step2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Castrol Edge Roving Truck 2026
    Auto Terkini

    Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

    22/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.