Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Inilah 5 Sebab Kenapa Anda Patut Pilih Honda BR-V
Roda4

Inilah 5 Sebab Kenapa Anda Patut Pilih Honda BR-V

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/11/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJAK diperkenalkan tahun lalu, rasanya kita tidak perlu menunggu lama untuk melihat kelibat Honda BR-V di atas jalan raya. Pernah sekali dalam perjalanan menuju Utara tanah air, setiap minit pasti terserempak dengan model crossover subkompak ini.

Daripada tinjauan rambang secara pandang-pandang itu pun kita sudah sedia maklum tentang populariti BR-V jika mahu dibandingkan model lain yang seangkatannya dalam segmen kenderaan famili dengan 7 tempat duduk.

Jadi, memang tidak mengejutkan kalau Honda Malaysia mendakwa BR-V mendapat sambutan hangat dengan mencatatkan rekod jualan 19,000 unit yang menyumbang 16 peratus kepada jualan keseluruhan tahun lalu. Malah, BRV bukan saja mendapat tempat di hati pembeli urban, tetapi juga menjadi pilihan pembeli bandar kecil dan luar bandar.

Apakah rahsianya? Kenapa BR-V jadi pilihan ramai? Mungkin 5 sebab ini yang membuatkan crossover itu disukai ramai pembeli Malaysia.

1. BERDUA, BERLIMA ATAU BERTUJUH TETAP SELESA

honda br-v 2017
Antara ciri paling istimewa  BR-V ialah kabin penumpang luas yang mampu memuatkan tujuh penumpang dewasa dengan selesa. Jadi, tidak perlu lagi bersempit hendak pulang ke kampung, bercuti atau berjalan jauh. Penumpang dengan ketinggian 6 kaki atau 180sm juga dapat duduk selesa dalam BR-V di kerusi baris kedua.

2. PERGI KE MANA SAJA

‘Versatil Untuk Semua’ bukan sekadar slogan semata-mata. Bagi kami, inilah salah satu sebab kenapa pembeli luar bandar atau bandar-bandar kecil memilih Honda BR-V. Jarak kelegaan tanah tinggi (201mm), yang menjadi ciri tipikal kenderaan utiliti sukan (SUV), memang membantu kereta ini meredah permukaan jalan tidak rata, berbonggol atau tidak berturap sempurna. Malah penggunaan rim 16-inci memantapkan kestabilan crossover ini stabil yang membuatkan ia selesa dipandu dalam kelajuan tinggi.

Tidak keterlaluan mengatakan BR-V memang boleh dibuat kenderaan ke kebun atau dusun kecil. Tiada masalah asalkan laluan ditempuhi tidaklah melampau ekstrem kerana ini bukan kenderaan pacuan semua roda (AWD). Selain itu, jarak kelegaan tanah tinggi juga beri sedikit kelebihan ketika mahu meredah banjir cetek atau memanjat pembahagi jalan. Tidak perlu risau badan kereta disagat divider! Tetapi kalau kena saman, sendiri mahu ingat. 😛

3. RUANG BUT LUAS

Ketika mahu bercuti, hal membawa barang dan beg besar sentiasa jadi dilema besar. Tetapi tiada masalah dengan Honda BR-V yang menawarkan ruang but luas untuk memuatkan aneka jenis barangan milik keluarga anda. Jika cuma berlima, kerusi belakang boleh dilipat yang dapat menambahkan lagi keluasan but (539 liter).

4. JIMAT MINYAK

Adakah Honda BR-V menjimatkan? Secara relatif ya, jika mengambil kira enjin i-VTEC yang menjadi nadi utama BR-V dengan padanan transmisi CVT ini. Pemanduan sentiasa lembut, lancar dan responsif di jalanan. Cuma dengan sedikit injakan kaki atas pedal sudah cukup menggerakkan crossover ini ke mana-mana dan segalanya bergantung kepada ragam pemanduan anda.

5. SESUAIKAH BR-V UNTUK SAYA?

Jika anda sedang mencari kenderaan pertama yang menawarkan ciri famili kecil yang praktikal dan serba guna, BR-V memang sesuai. Dengan BR-V, anda boleh balik kampung, pergi bercuti ke mana-mana destinasi percutian popular dan mengisi segala macam keperluan harian di rumah dan pejabat. BR-V juga nampak formal dan sporty yang sememangnya menjadi cita rasa dan trend pemandu Malaysia masa kini. Memang tidak malu dibawa ke mana saja. 😉

GALERI
2018 honda br-v Crossover harga honda br-v malaysia Honda BR-V honda br-v malaysia Honda Malaysia kenapa perlu pilih honda br-v Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV Coupé EV, Leapmotor B05 Diperkenal di Brussels Autosalon

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga Mula RM289k!

02/03/2026
Skoda Octavia vRS Dragon Skin 2026
Roda4

Peminat UK Pilih Dragon Skin Sebagai Warna Baharu Skoda Octavia vRS 2026

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.