Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Indonesia Tambah Dua Varian Baharu Honda CBR250RR
Roda2

Indonesia Tambah Dua Varian Baharu Honda CBR250RR

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA CBR250RR tidak hanya ditawarkan dalam pilihan CBR250RR SP Quick Shifter. Terbaharu, wakil pengedar motosikal Honda di Indonesia, Astra Honda Motor (AHM) Indonesia menambah dua lagi varian baharu, iaitu Honda CBR250RR SP dan Honda CBR250RR.

CBR250RR SP menggunakan enjin dwi-silinder 250cc DOHC yang lebih bertenaga, berkuasa 39hp @ 13,000rpm dan tork 25Nm @ 11,000rpm. Dengan berat 168kg, sportbike suku liter ini cuma memerlukan 8.65 saat untuk mencapai jarak 200m dan mampu mencapai kelajuan maksimum hingga 172kmj.

Dilengkapkan ciri klac antigelincir Assist and Slipper (A&S)  untuk mengelak masalah tayar belakang terkunci ketika menganjak turun gear secara ekstrem, selain membuatkan operasi klac lebih lancar. Varian ini turut dilengkapkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Berikut harga CBR250RR SP mengikut pilihan warna:

  • Honda Racing Red – Rp73.3 juta (RM20,557)
  • Mat Gunpowder Black Metallic – RM72.7 juta (RM20,410)
  • Bravery Red Black – Rp 72.7 juta (RM20,410)

Sebagai makluman, CBR250RR SP ialah versi CBR250RR SP QS tanpa ciri Quick Shifter.

Sementara itu, varian ketiga Honda CBR250RR ialah model versi standard yang didatangkan dengan enjin dwi-silinder 250cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 38.1hp @12,500rpm dan tork 23.3Nm @11,000 rpm.

Varian ini mendapat warna badan baharu, Bravery Red Black dengan kombinasi hitam dan merah pada harga Rp66.1 juta (RM18,560), sebagai tambahan kepada warna sedia ada Black Freedom (foto atas) dan Mat Gunpowder Black Metallic.

BACA >>> Honda CBR250RR (2020) Indonesia Ada Dua Varian Enjin, Malaysia Dapat Mana Satu?
BACA >>> BMW Motorrad Mahu Siasat Sportbike Klon S1000RR dari China

Auto Terkini Boon Siew Honda (BSH) Honda Honda CBR 250RR roda2 sportbike sportbike 250cc
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Jualan Proton e.MAS 5 Menurun Tapi Kekal Dalam 10 Model Paling Laris di Malaysia

11/03/2026
Auto Terkini

Jualan Perodua Hampir Cecah 50k Unit Dalam Tempoh Dua Bulan 2026

11/03/2026
Zeekr 7X lancar di Menara KL
Auto Terkini

Syarikat EV China Rancang Pemasangan Tempatan (CKD) di Malaysia

11/03/2026
Auto Terkini

Bezza Catat Jualan Paling Tinggi Februari 2026, Tapi Saga Masih ‘King’

11/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.