Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) baru saja melancarkan warna baharu, kuning untuk Vixion (2021) pada Mac lalu. Kini giliran abangnya Vixion R (2021) pula mendapat warna baharu, iaitu Metallic Blue (biru).

Kemas kini itu diumumkan selepas pesaingnya, Honda memperkenalkan CB150R Streetfire serba baharu utnuk pasaran republik tersebut.

BACA >>> Yamaha Vixion (2021) Kini dengan Warna Baharu dan Rim Kuning, Harga RM7.9k

Berikut perincian mengenai Vixion R (2021) di Indonesia:

  • Warna Matte Red (merah) dikekalkan kerana sudah menjadi warna khas Vixion R sejak debut streetbike itu pada 2017.
  • Vixion R boleh dianggap sebagai YZF-R15 versi naked.
  • Warna baharu Metallic Blue pula diilhamkan daripada siri  R Series untuk menyerlahkan imej sporty. Latar badan biru dihiaskan grafik hitam-putih dan rim biru
  • Berbeza Vixion standard, Vixion R dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (Fi) dan injap variabel VVA berkuasa 19hp @ 10,000rpm, dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm.
  • Sistem transmisi jenis klac manual 6-kelajuan, dan dilengkapkan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) untuk hantaran gear lebih lancar.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Teknologi Klac Assist & Slipper (A&S) yang Perlu Anda Tahu

  • Panel meter digital penuh dengan indikator anjakan gear.
  • Dilengkapi swingarm aluminium yang lebih ringan, tetapi kekal kuat dan stabil.
  • Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan monoshock (dipanggil mnonocross) di belakang.
  • Menggunakan frem Deltabox yang kuat dan kukuh.
  • Brek cakera tunggal di depan dan belakang.
  • Berat 131kg, kapasiti tangki minyak 11 liter, tinggi pelana 795mm, jarak lega bumi 165mm
  • Sistem lampu jenis LED penuh untuk lampu utama, lampu signal belok dan lampu belakang.
  • Tayar tiubles 90/80 R17 (depan) dan 130/70 R17 (belakang)
  • Harga pasaran Rp31.88 juta (RM9,270) OTR Jakarta.

BACA >>> Bocor Lagi Foto Yamaha YZF R15M, Ada Dua Warna Pilihan
BACA >>> Sportbike Bakal Fenomena? Yamaha YZF-R15 Lancar di Malaysia, Harga RM11,988

p;

Leave A Reply

Exit mobile version